Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Friday, June 25, 2010

Ini Qistina punya cerita

Salam Jumaat. Ari ni nak cerita pasal Qistina plak =) Qistina yang membuatkan mama sungguh-sungguh geram dengan perangainya ! Semalam masa ku balik umah, tengok dia x pakai diapers.. GOOD. Dah seharian dia x pakai diapers, seems ok la..nak pee dia pegi bilik air. Tapi lepas solat Maghrib ku dapat HABUAN..He..he.. dia ckp dia nak poo poo.. Since dah x pakai diapers, haruslah dia poo poo di lantai bilik air. Get it? Dan wajib jugaklah mama dia mengutip hasil fresh dari montot dia tu untuk dibuang =). Terkena di situ... Sebelum ni dia poo poo kat bilik air masa weekend je, sebab time tu mama ngan abah ade umah tuk pantau dia full time. Since abah dah ade umah, abah la yang kena kutip hasil fresh dari montot itu. Terselamat mama bila abah ade ! Muahahaha... last-last kena jugak semalam ! x pe, itu boleh diterima since she's my daughter rite? Lagipun adalah satu progress dia x pakai diapers dan boleh pee & poo dengan jayanya di bilik air. Lepas dah poo poo, x kasi dia pakai diapers lagi.. Dia tengah main-main sensorang tetiba dengar jiran sebelah dok sembang kat luar. Dengan gaya kaypochinya, dia pun menyelit kat blakang rak tv tuk bukak tingkap.. Aku pun cakap "Qistina, jgn la dok kat situ, nanti short karan la !" sekali.. dia wat x tau je. Belum sempat ku pegi tarik dia, Prannnggggg ! Sudah pecah cermin tingkap nako umah tok aku. Panik kejap ! Terus dukung dia bawak gi dapur nak check kalau-kalau ade kaca kat badan dia. Memang ade .. Halus-halus.. Ku kutip satu persatu dari badan dia. Pastu bagi dia mandi dan pakai baju lain. Still x pakai diapers. Kusuruh dia dok dalam bilik sementara aku nak bersihkan kaca. Dia dok sibuk jgk nak tengok aku bersihkan kaca. Dan kali ni amaran ku kepada dia telah bernada tinggi. Dari skala 1-10 tu, kiranya nada aku dok kat tahap 8 dah ! Dia masuk bilik dok ngan nenek dia diam-diam dok selongkar dressing table plak. X pe.. Selesai je aku lap-lap lantai dan kutip kaca ku dengar tok aku cakap "La.. awat kencin kat sini..awat x habaq nak kencin !" uwaaa.... mcm nak nangis aku tau. Nasib baik dia kencing kat atas kain yang nak dibasuh. So, disaster area x teruk sangat. Kencing sambil berdiri hokey ! Dah tu aku cakap kat dia, "Dah dekat sehari x pakai diapers, bleh je kencing elok2, berak elok2, awat x cakap nak kencing tadi?" Pastu dia jawab "Kakak terkencing la mama..mama jangan malah-malah ok?" Adoii.. anak aku ! Pas dah setel kasi siram badan dia dengan air, kuar je terus ku bagi pakai diapers.. SETTLE. Dia dok diam kejap dalam 10 minit macam tu, dia senyum-senyum kat aku "Mama...kakak lapar la. Nak loti bakaq !" Ha..kau.. nak mkn roti bakaq wa cakap lu (Kena sapu butter klu x dia x nk mkn) Aku pun gi la wat loti bakaq tuk dia. Makan setengah keping je ! X pe la, kang klu x wat, x makan terus anak aku tu.. Dah la susah nak makan. Qistina..Qistina.. suka wat mende-mende yang berbahaya. Peel-peel dia terkadang membuatkan aku rasa nak nangis, marah & ketawa dalam satu masa ! Jangan jadi meroyan sudahla...

Thursday, June 24, 2010

2 more days to go

Salam sume..x de story ape pun just dok calculate posa yg harus di ganti. Dah posa 6 ari dah (termasuk ari ni) So tinggal lah lagi 2 ari... Adoi.. Dugaan betol la tengok orang asik dok nganga dan ngap ! Ape tu? Bukak mulut dan makan =) Tetiap malam selama dok posa nie, asal lepas berbuka ngan nasi saje, mesti nak ade dessert ice cream. Stok dah nak abis, kena pegi beli. Sahur plak setakat sekeping dua roti dan segelas air. Klu x makan langsung kang aku jugak yang dok terketaq-ketaq kat ofis. Haish teruk benar !

Wednesday, June 23, 2010

Percubaan pertama

THE CUTEST MAMA & BABY CONTEST

Nie gambar yang aku letak tuk join contest tu. Actually gambar ni merupakan memori yang sangat sweet di mana masa gambar ni diambil, Nur Qistina berusia genap setahun. Gambar ni diambil semasa mama bawak Qistina jalan-jalan di pantai Teluk Air Tawar, Butterworth.

Ada yang nak join? Klik sini

Gila posa VS Gila kuasa ?

Ye... kawan-kawan semua, marilah kita sama-sama renung-renungkan gambar seorang marhaen ( lagi pinjam words Makcik Rehan ) yang sedang berangan x sedar diri itu. Kenkonon nak jadik Datin Seri lah.. Piiiiiraaaaaaaaah ... Inilah yang terjadi apabila berpuasa + gila kuasa = erk?


Cerita yg sudah agak basi..

Dah dekat sebulan dah aku rasa mak sedara aku ni tunang. Baru ari ni plak nak crta. Lembab betul kan? X dapat gambar lagi, tu yang malas nak publish. Dah ade gambar baru best kan? Mak sedara aku ni sama umo ngan aku, tapi klu aku kuar ngan dia aku akan ngaku sepupu je, senang..

Ngan tunang dia.. Ewah..ewah..

Yang ni plak mak dara yang terlebih happy sebab dapat enterprem ! Sampai terjuih-juih dah bibir =)

Ngan kawan-kawan mak sedara aku

Mak sedara n the gang...

Lentok jangan x lentok !

Haish.. ade lagi mak dara ni !

Dapat 2 cincin hokey ?

Ngan hantarannya

Yummy..yummy..

Err... bape banyak kek daa..

Keta Hubby dah mati !

Uwaaa...Nangis kuat-kuat ! Pagi tadi masa nak gi keja aku pun start le keta macam biasa. Suspen ! Keta tu senyap langsung x de bunyi. Mak aiii.. keta dah mati ! Ini juga bermakna ? DUIT ! DUIT ! DUIT ! uwaaaa... nangis lagi skali, dah la aku ni x mampu pakai keta sendiri, tumpang pakai keta hubby je pastu rosak plak... =( Time hujung-hujung bulan plak tu ! Aku x gaji lagi la..Keta ni pun x nyempat2 nak rosaknya.. Sedih betul la mengenang nasib golongan marhaen (sori ye Makcik Rehan, pinjam ayat jap, jgn marah ye ;-p) macam aku ni. Sudah jatuh ditimpa tangga. Klu jatuh ditimpa duit x pe gak kan? Aku rela jatuh tetiap hari tau !
* Pinjam keta mak pegi keja ari ni =(

Friday, June 18, 2010

Happy Fathers Day !

Hargailah bapa anda semasa hayatnya, kerna pabila dia sudah tiada, anda tentu sangat-sangat merinduinya..This n3 is specially dedicate to all fathers out there (",)

Fathers are wonderful people
Too little understood,
And we do not sing their praises
As often as we should...

For, somehow, Father seems to be
The man who pays the bills,
While Mother binds up little hurts
And nurses all our ills...

And Father struggles daily
To live up to "HIS IMAGE"
As protector and provider
And "hero or the scrimmage"...

And perhaps that is the reason
We sometimes get the notion,
That Fathers are not subject
To the thing we call emotion,

But if you look inside Dad's heart,
Where no one else can see
You'll find he's sentimental
And as "soft" as he can be...

But he's so busy every day
In the grueling race of life,
He leaves the sentimental stuff
To his partner and his wife...

But Fathers are just WONDERFUL
In a million different ways,
And they merit loving compliments
And accolade of praise,

For the only reason Dad aspires
To fortune and success
Is to make the family proud of him
And to bring them happiness...

He's a guardian and a guide,
Someone that we can count on
To be ALWAYS ON OUR SIDE.

* really miss my abah =( *

Thursday, June 17, 2010

Terpengaruh

Akibat terpengaruh dengan cerita-cerita Liana Majid tentang keseronokan cerita Korea, aku pun try le tengok MY GIRL episode 1. Wah.. memang teruja sebab kelakar sangat-sangat . So, nak smbg tgk episode 2 plak. Yang sangat-sangat best lagi citer ni free je. X yah beli dvd ke, vcd bagai. I loike !

Selamat Hari Lahir

Pada tarikh yang sama 18 tahun yg lepas lahirlah seorang makhluk ALLAH SWT yang diberi nama Noorliyana. Hah? suspens? Sebenarnya ari ni genaplah umo adik aku 18 tahun.. Korang imagine la, aku dah hidup sebagai anak tunggal selama 8 tahun dan memikirkan yang aku adalah kesayangan sume orang sebab mak aku x jugak melahirkan seorang insan yang bernama adik ! Akan tetapi, ade jugak rezeki nak dapat adik.. Agak jealous pada mulanya sebab bila ade adik sume tumpukan perhatian pada dia. Ye la, adik aku sangat chomel masa dia kecil. Rambut ala-ala blonde gitu, kulit putih gebu macam zizie ezette, tapi zizie tu lagi melampau la putihnya.. Sume orang x caya anak mak ngan abah. Diorang ingat mak amik anak cina mana tah. Haish..kot ye pun dah lama x de anak x kan nak amik anak orang plak. Aku kan ade.. Anyway, wishes u best of luck ! Harap sume yang dia impikan dalam hidup dia jadi kenyataan dan berbahagialah hendaknya (",)

Wednesday, June 16, 2010

Busy ^_^

Mataku dah naik juling merenung satu persatu item MTO. Owh..sungguh x best sebab terkejar-kejar nak siapkan. Klu boleh nak siap ari ni jugak ! Pingsan aku.. Mula lah rasa nak muntah bagai.. Nampaknya kerabunan aku akan bertambah dengan cepat kalau ari-ari macam ni. Nanti x sampai umo 50 tahun laki sendiri pun agaknya dah x kenal. Masa tu mesti laki aku dok tergedik-gedik nak cari bini lain. Haish.. jangan berfikiran -ive towards ur own hubby (",) Permata Hijrah kan ada! Klu mau hilang rabun aku, klu x ndak ? Lu pikirlah sendiri !

* sorry ye En. Nabil, terguna tagline kamu =)

Tuesday, June 15, 2010

Berebut-rebut nak cari pahala !

Tengok saja tajuk entry boleh membuat anda tercengang-cengang kan? Owh, sekarang kan bulan Rejab, semua orang dok puasa nak tambah pahala kan? Aku pun nak pahala jugak.. Korang ingat aku x nak merebut peluang yang baik ni? Sungguh rugi taw. Aku puasa ganti. Ade lapan hari. Pas abis puasa ganti tu, ingat nak puasa jgk. Minta-minta la ALLAH S.W.T bukak pintu hati aku tuk lebih melakukan kebaikan. Kot-kot leh cover dosa masa zaman jahiliah dulu ! Haish.. x baik kan berbuat kebaikan tapi dok harap balasan dari tuhan. X de la harap apa-apa yang magical. Harap tuhan terima apa yang aku buat. Korang pun mesti harap segala amalan korang diterima tuhan kan? kan? kan? Jangan tipu ye =) Owh, by the way.. Ini adalah n3 ku yang ke-100 (",)

Monday, June 14, 2010

Misi 2 hari

Selama 2 ari weekend kat umah aku ada misi.. Misi ape ? Bukan misi mustahil ye. Ni misi x mustahil. Misinya adalah, mengajar serta memantau Qistina untuk pee & poo in the toilet. No diapers for 2 days ye. Kecuali nak kuar jalan-jalan dan tdo malam. Selama 2 hari itu jugak aku asik tanya soalan yang membosankan dia "Qistina nak kencing x? " dia geleng. "Nak kencing bagitau mama ye, kita pegi bilik air k?" Then she said "Ok". Tdo tengahari pun dia dengan panties je. No diapers. Luckily dia x pee msa tdo (",) Good girl ! Misi telah berjaya. My goal, di usia 3 tahun, Qistina dah x pakai diapers. So that senang nak hantar pegi nursery kalau dia bertambah nakal dan asik kacau nanny di rumah ! Ngee..

Friday, June 11, 2010

Selamat beristirehat semua (",)

Haish..x sabaq nak balik dah. Penantian satu penyiksaan ! Hidung plak dok gatal-gatal. Dah la gatal, asik nak sneezing sajork. Asik la dok panggil hashim..hashim.. sapa nama hashim mesti dok menyumpah seranah aku sebab asik dok tersedak kan ! Ini menunjukkan tanda-tanda resdung sebenarnya. Aiyoo.. takut la. Aku x nak la gi buang resdung cara tradisional tu. Sebabnya aku takut kuar jerawat batu kesan daripada perbuatan itu. Oh.. tidak! x mo..x mo..x mo.. Nak makan ubat resdung yang dibeli di farmasi adalah sangat malas. Aku ni sebenarnya susah nak makan ubat yang biji tu. Klu capsul, lagi la..Kompom kena bukak plastik tu dan makan serbuk saja ! Aku x kesah pahit camne pun janji aku x nak telan plastik ! He..he.. teruk x? Tapi penakut makan ubat biji + kapsul je la.. Klu korang soh aku makan jamu, memang aku telan senafas je. Sapa nak lawan makan jamu ngan aku, sila angkat kaki. Amacam ? ada bran? Ngee..

Bosannyaaaaaaaaaaaa...

Salam semua.. Ari ni ku rasa bosannn bangat. Yerla, lunch hour x kuar memana pon. Malas sebab td dah makan dah. Masih rasa kenyang. Lagipun sejak-sejak pindah location ofis ni rasa macam x suka kuar makan dah. Kedai around here mcm x berapa menepati selera. Nak ke kedai yang menepati selera, kena start keta kuar dari area ofis ckit. Lagi la malas ;-p . So, pepagi dah tapau siap-siap. Makan kat ofis. Ingat nak tido jap memandangkan ari ni banyak masa. Tapi x leh lelap la pulak.. Erm.. cepat-cepatlah masa berlalu supaya aku bleh balik umah dan menghadap kerenah cayang bucuk =) aku x penah tinggalkan cayang bucuk tu lebih dari 24 jam tau..

Thursday, June 10, 2010

Rejeki..rejeki.. Alhamdulillah !

Salam.. merujuk kepada tajuk n3 di atas tentulah kejadian yang baik berlaku pada empunya blog. (",) Ari ni rezeki murah sebab skali lagi lunch di sponsored adik-adik yang akan tamat praktikal kat company ni besok. Salah sorang yg mensponsoredkan makanan adalah Zura. Menu ialah nasi ayam + air kotak (diorang siap kasi pilih ye nak air kotak ape.. laici ke, mango ke, oren ke) See? betul tak i cakap murah rezeki. Minggu lepas pun ade jgk cerita yang sama kan? Tapi lepas ni ko jangan mimpi le nak makanan yang di sponsored. Kenapa? aku rasa x de bebudak practicum dah la.. Muahahaha... K, la. Nak makan dulu. Chow !

Wednesday, June 9, 2010

Mati sudah..

Empunya blog merasakan dirinya sangat merepek-meraban ari ni dengan x semena-mena. X percaya? Lihat tajuk n3 untuk ari ni. Apa yang matinya? Owh.. sebenarnya lesen memandu tamat tempoh ari ni. So empunya blog telah meminta pertolongan maknya tuk gi Post Office dan merenewkan lesen memandu tersebut bagi pihaknya. Motif ? x reti-reti lagi ke.. Itu telah menunjukkan kemalasan empunya blog untuk keluar ke pejabat pos pada waktu rehat sekaligus telah menyusahkan maknya sendiri. Kedengaran sedikit kejam di situ ! So ari ni empunya blog dengan rasa konfiden & beraninya telah memandu tanpa kad pengenalan + lesen memandu = bukan warganegara? Empunya blog sangat berharap agar tiada polis @ jpj @ sesuatu yang sewaktu dengannya di jalanraya sewaktu pulang nanti. =)

Dah seminggu...

Sila abaikan tajuk entry yang kurang jelas. Ingin dinyatakan di sini, tuan empunya blog berasa sangat happy sebab anaknya dah boleh survive tanpa pacifier kira-kira dalam masa seminggu ni. Perasaan sangat happy sebab bila anaknya sudah tidak menggunakan pacifier adalah kerana sebelum ini tuan empunya blog teramatlah risau consequence daripada menggunakan pacifier, anaknya akan menjadi seperti halimah jongang. Tuan empunya blog juga merasakan jika gigi anaknya telah menjadi seperti halimah jongang, adalah sudah tidak berguna lagi walaupun teknologi zaman sekarang canggih (boleh pakai braces) ! Ada sebuah kisah yang telah berlaku yang mengakibatkan anak tuan empunya blog sudah tidak mahu menggonggong pacifiernya. Pada suatu hari , hujan turun dengan lebatnya.. Anak si empunya blog telah menghabiskan masa dengan mengenang nasib diri sambil memerhati ke luar jendela. Dengan tidak semena-mena, anak empunya blog telah membuang pacifiernya ke luar jendela dikala hujan sedang turun dengan lebatnya. Anak empunya blog juga telah menginformkan perbuatannya pada nanny (mak aku le !) Dan nanny dengan muka yang marah telah mengeluarkan dialog ini kepada si kecil " Awat Qistina buang puting kat luaq? Tu dia.. Tompok dah ambik puting Qistina. Nanny x tau ! Tompok dah bawak lari dah. Nanti kalau Qistina mintak puting, nanny nak rotan Qistina !" Selepas kejadian itu, anak empunya blog tidak lagi meminta puting kerana memikirkan yang Tompok telah mengambil putingnya. Walhal nanny telah mengutip puting tersebut dan menyorokkannya di dalam laci almari yang berkunci agar tidak dapat dikesan oleh anak empunya blog yang cerdik otaknya itu... Sekian !

* Tompok di dalam kejadian adalah kucing jiran sebelah

Monday, June 7, 2010

Pepagi lagi dah langgar anjing

Salam wat semua. Ari ni aku rasa nak makan breakfast McD lagi. So sebelum gi keja, pegi la McD drive-thru. Otw nk gi tu kan aku nampak la anjing kat tengah jalan tu. Sat-sat dia p kiri, sat-sat dia p kanan. Aku pun terus memandu dengan kelajuan yang x berapa nak laju sangat. Time aku sampai dekat anjing tu kan, Anjing tu tetiba je datang depan keta aku.Aku pun langgar le dia. Ater, dah dekat, nak brek kang, aku yang kena langgar ngan keta belakang. Terpaksa la aku kebabom langgar anjing tu. Dan anjing tu pun dok terjerit-jerit kesakitan. Aku rasa dah kiok la anjing tu. Itu bukan masalah utama disini. Masalah utamanya, aku x rasa ape-ape pun.. X de rasa kesian, x de rasa bersalah.Trauma? lagi le x de. Macam aku x langgar ape-ape pun! Dulu masa aku terrrlanggar sekor kucing kat jalan (dalam situasi yang sama tapi tukar anjing tadi dengan kucing) masyaallah ! Punya la terketaq-ketaq bagai membunuh seorang manusia lagaknya. Adakah aku dah hilang salah satu sense yang wujud dalam diriku? Apakah...? Apakah yang terjadi dengan aku ari ni ?

Friday, June 4, 2010

Sponsored lunch

Salam Jumaat. Murah rezeki nampaknya ari ni. Lunch ditaja oleh salah seorang budak praktikal yg dah habis tempoh praktikalnya di pejabat kitaorang. Dia wat kenduri. Setiap sorang daripada kami diberi sebungkus nasi daging + mineral water (aiseh..air mineral pun ko bagi dik?) Moga-moga murah la rezeki ko lepas ni ye.. Amin. So today kami berkelah kat ofis je la kot. Tengah hujan-hujan camni, makan nasi daging.. dah kenyang plak cuba lelapkan mata barang sejam dua..Perghhh syorga wa cakap lu.. Jangan jealous erk !

Thursday, June 3, 2010

Sesi jawab tag !

Jawab tag dari Mai

1. Apa yang bermain di fikiran u allz sekarang
Erm.. bila nak dapat gaji ek? =)

2. Apakah nama samaran u allz
Wahida, Nor..

3. Berikan 3 orang yang u allz sayang
1. Family
2. Diriku sendiri
3. Kawan-kawan

4. Panggilan untuk si dye
Of course...abannnnngg.. (wat nada manje ckit ek ;-p)

5. Hadiah yang u allz impikan dari seseorang yang istimewa
X kisah ape-ape je yg dia bagi kuterima..

6. Blog mana yang u allz suka visit
Semua follower aku dan semua yg aku follow !

7. Tagkan kepada 15 orang rakan blogger u allz...

http://mamalieyna.blogspot.com/

http://www.iedaluvsham.com/

http://zanabelongstowanzul.blogspot.com/

http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/

http://familysempoi.blogspot.com/

http://inilahduniakita.blogspot.com/

http://damiaqish.blogspot.com/

http://naurahmakwa.blogspot.com/

http://e-nawanisfan.blogspot.com/

http://mzhany.blogspot.com/

http://cerita5zal.blogspot.com/

http://mamamiera.blogspot.com/

http://mummyameer.blogspot.com/

http://myrulezmylife.blogspot.com/

Need new hairsyle

9314_cameron-richardson10142_emma-stone9908_straight-medium

Rasa macam rambut lebih cepat panjang selepas bertudung. Rasanya x sampai 2 bulan pun ptg rambut, dah nak cecah ke pinggang balik. Sekarang kan saya bertudung, so ingat nak potong pendek ckit, dan nak merebondingkan rambut. Penah wat rambut curl. Tapi tahan 3 hari je. Sebab rasa sangat rimas bila x payah sikat rambut. Macam orang gila plak. Dah jadi kebiasaan asik dok sikat rambut tetiba x yah sikat. Haru tuh. Bila pikirkan balik, sungguh membazir. Kuar ratus-ratus, tahan 2-3 hari je.. Hmm nak wat mcm gambar no. 1 tu, tapi macam x seswai pulak muka ni bila ade fringe. Last rambutku berfringe adalah semasa di kindy. Ha..leh bayangkan x? Yang no. 2 tu pun rasa ok gak sebab simple je kan.. No. 3 tu pendek sgt x? Hmm.. ku x pernah potong rambut pendek sebab kuarga asyik halang je dulu. Kata diorang sayang rambut panjang-panjang nak potong. Tapi kan dah pakai tudung skrang. Suka hati la nak potong pendek pun..He..he.. Tapi x nak la terus potong pendek, terkejut lak rasa rambut panjang-panjang terus jadik kontot. X pe lah, should try the no. 2's pattern kot. X elok kang jenuh hubby dok gelak kat aku ! Haishh... Any idea girls?


Breakfast yang membuatku bahagia..


Salam semua. Hari ni rasa sangat bahagia sebab dapat makan Sausage Egg Muffin + Coffee dari McD. See? Betapa besarnya pengaruh burger terhadap hidup seseorang. Boleh membahagiakan orang yang macam aku ni.. =) Muahaha.. merepek meraban di pagi hari Khamis. Sebenarnya dah banyak hari nak makan menda ni. Nak try coffee yang nampak sungguh-sungguh menggiurkan itu ! Ape? korang ingat manusia je bley nampak menggiurkan ke? :-/ Haish.. nanti kena bawak Qistina breakfast kat McD plak. Tapi sure dia x nak makan sbb kat McD tu ade playground. Bley la mak paknya ni makan dengan aman ckit kot. Qistina selalu pegi McD makan fries sajork. Pastu minum shake sampai setengah cup. Adoi..bahaya dia skarang.Sudah pandai minum air yang berais.

Tuesday, June 1, 2010

Langsaikan hutang

Tengok tajuk macam ade hutang sama Ah Long..Bukanlah ! Bernazar untuk sesuatu dan dah tertunai. Jadi kena la langsaikan hutang tu. Berpuasa la sehari. So ari ni I puasa k. Dan bila dah katanya berpuasa di bulan yang orang lain tidak puasa...Sungguh menguji keimanan. Ha..ha.. pepagi datang ofis smua orang tengah menjamu selera di workstation masing-masing. Haishhh.. masa ari ku x puasa jarang la plak diorang makan kan. X pe la..sabar je. Nti malam bley makan jugak. Bukannya x bley makan terus kan? kan? kan?