Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Monday, May 31, 2010

Sungguh x ber'mood' !

Hari ni adalah hari yang sangat-sangat x best. Bukan Monday blues ye. Tapi ada sebab-sebab yg membuat aku x de mood. Punca-punca adalah tidak berkaitan langsung denganku tapi aku telah diheret ke dalam masalah itu. Hu..hu..hu.. sungguh tidak adil. Sesuatu yang telah berlaku itu telah mengguris perasaan ku sedikit. Terguris kerana aku dilibatkan sama dalam hal itu walaupun aku sememangnya tidak mahu ambil tahu !

Thursday, May 27, 2010

Hoorey....sok cuti !

Wah...hati berbunga-bunga. Bukan setakat ade taman, ade kolam, air terjun, bangau, badak sumbu..macam-macam la. Dah macam zoo dah dalam hati aku ni. Aku suke saaaaangat la bab-bab cuti ni kan. Sebabnye leh bermalas-malasan kat umah ? Orang ade anak bley malas ke? Owh tidakkk ! Anak aku sangat rajin sehinggakan dia akan merajinkan aku skali hokey? Ade paham? X paham sudahh. Orang ade anak je tau situasi itu ye. X de anak? Branak cepat-cepat tau.. Lari tajuk la. Kita kan satu Malaysia gitu. Haruslah setiap perayaan yang disambut ade cuti ye x? Kalau kita x leh sambut pun at least kita leh spend time ngan orang-orang yang tersayang, kan? kan? kan? Iyekan ajelah kata-kata aku tu.. Kang aku merajuk korang jugak yang susah. He..he..he.. Anyway, Selamat cuti WESAK !

Wednesday, May 26, 2010

Teringat masa lalu..

Kenapa tetiba je ari ni ku teringat moment-moment dengan kengkawan satu Malaysia aku masa aku kerja kat chinese kindy dulu? Dah lama x speaking Mandarin dengan bebudak chinese. Wa...skill dah hancus. Dah lupa speaking mandarin lor. FYI, aku penah keje kat chinese kindergarten=montessori for about 3 years hokey. Sume budak cina yang aku ajar tuh. Aku ngajar budak 6 years. Pembelajaran adalah dalam bahasa inggeris. Kalo budak x paham ape yang aku cakap, terpaksa la di translatekan ke dalam mandarin, bley la cakap ckit2. Ala.. menda yang dok cakap ari-ari aku bley la blasah cakap ngan bebudak kan. Ater, ngajar anak cina, kalo dia dari umo 4-5 tahun dah masuk kindy bley la dia paham omputih kan? Kalo umo 6 tahun baru masuk, x ke aku kena speaking mandarin ngn dia? Aku blajar mandarin pun dari cikgu cina yang ngajar kat situ le.. Best wooo.. bley cakap cina kan. Lelama kat sana aku bley la blasah cakap cina ngan bebudak. Amatlah seronok, kalo ko cakap x betul, bebudak tu siap tolong wat pembetulan lagi ! Sape yang teacher sebenarnya ni? Lepas tu kan, hujung tahun ade concert lak. Biasanya semua tarian adalah direka oleh cikgu-cikgu le..Aku keja kat sana memacam skill dapat. Menari pun bley ! he..he.. dah kena ajar bebudak kan? Harus la teacher yang kena practise menari dulu. Jadik koreografer di situ. Mereka tarian.. Budak 2 years++ pun dah bley baca & kenal A-Z. 3 years plak bley baca buku Peter & Jane yang 1st tu. Hebat betul bebudak diorang ni. Kiranya bebudak 6 years yang aku ajar tu dah guna syllabus standard 3 tau ! Superb ! Pengalaman yang x dapat aku lupakan.. Ingat nak hantar anak aku gi blajar kat sana la.. Bley cakap cina, ye x?

Friday, May 21, 2010

My endless LOVE..

Adoi.. feeling-feeling layan lagu My Endless Love lah pulak ! Soooo romantic ;-) FYI i really like love songs dolu-dolu. Sangat menyentuh perasaan. Like Say U Say Me.. manyak lagi la.. Sesetengahnya tajuk lagu pown x tau. Tapi suke.. Boley macam tu? X caya ianya menyentuh perasaan? Cuba dengar. Silap-silap menitis air mata romantic tu. hu..hu..hu...

Thursday, May 20, 2010

Aku happy ! Yeehaw...

I'm soooooo happy.. Sebab dapat surat naik gaji lor... In addition dapat bonus lor. Alhamdulillah. Inilah yang dinamakan rezeki. Syukur. Penantian ku adalah berbaloi. Sungguh tidak sia-sia. Thank's Dato' ! We love u... ;-D

Tuesday, May 18, 2010

Tolooooonnnnnnnnnnnng !

Adoi...sakit mato den.. Kepala dah pusing-pusing, mata dah berpinar-pinar, rasa nak termuntah sangat-sangat. Nak wat camne ni? Asyik dok ngadap keja satu persatu sampai aku nak muntah ! serius.. Aku dah 2-3 kali pegi toilet sebab dah rasa x tahan nak termuntah. Tapi muntah air liur je. Any solutions ? :(

I loike ^ _ ^

Wah...hari yang sungguh indah. Sangat-sangat happy sebab semalam waktu ku sampai di rumah Qistina nyanyi "linkel, linkel, linkel tar"... "wander..wander..wander war" (sila nyanyi lirik itu dengan muzik twinkle twinkle little star) Muahahaha... dah x batuk kan, bley nyanyi twinkle little star edisi dia sendiri hokey ! Mama sangat happy :-p ! Batuk dia dah reduce 80% thanks god. Pastu kan, my grandma bagi satu sampul surat for me. Then bukak tengok, dapat 3 days trial lens set from FRESHLOOK. Actually last 2 weeks kot aku de submit form tuk trial lens tu kat internet ni la. Tapi x expect nak dapat pun. Just suka-suka. Dah dapat ape lagi, sangat gumbira dan terus pakai ari ni. Mataku jadi sangat hitam dan nampak galak (bluekkk..sila muntah!) Sungguh selesa pakai lens ni walaupun x de colour, but looks nice sebab mata korang akan nampak hitam, bulat & besar. Recommended for those yang mata kecik nak kasi nampak besar k. Another happy story adalah hubby naik pangkat officially ari ni. Diorang punyer geng pegi Langkawi untuk pakai pangkat. Ala..bukan pangkat besar pun, tapi alhamdulillah...dah bergerak maju selangkah ke depan. Ayang harap abang akan usaha dengan lebih lagi dari sekarang untuk maju lagi ke depan. Untung-untung 2-3 tahun lagi leh pakai pangkat lagi ke kan. Duit masyuk lagi = Baru la bahagia ! See? mata duitan kan aku.. Eleh, sape x nak duit ! Kan? kan? kan? Anyway, abg jangan lupa its your treat..Kenny rogers k? He..he..he..

Monday, May 17, 2010

Thank's a lot..

Wat kawan-kawan yang telah memberi nasihat dan support di entri ini, i would like to thank u'll. Walaupun kita hanya rakan di alam maya, aku rasa macam dah lama kenal kamu-kamu semua. Thanks. Semoga Allah S.W.T memberkati hidup korang kerana telah berbuat baik sesama manusia walaupun sekadar memberi sokongan dan cadangan. Buat pengetahuan korang, my mom call just now and inform me that Lil Qistina's condition is better than yesterday.. Dah nampak perubahan walaupun sedikit. Syukur.. Dia dah mula minum susu. Hopefully dah x muntah. Ye la. Dah satu hari x makan. Mesti lapar kan? Harap-harap cayang mama akan kembali sihat dan ceria seperti sediakala. Amin...

Tuhan sedang mengujiku...

Salam wat semua rakan-rakan. Qistina dah sembuh dari demam, but ari Ahad dia start batuk tanpa henti. Sedangkan sebelum ni x de la batuk teruk. Just batuk ckit-ckit je. Yesterday adalah worst. Batuk non-stop, minum susu muntah balik. I think susu yang dia minum semalam ade la dalam 3 botol. Could u imagine? Dia sendiri x nak minum susu sebab dia takut muntah. Minum air pun ckit je. X tau nak wat ape lagi.. Kesian sangat tengok dia. Pastu malam semalam bawak gi klinik lagi (this is the second time we go to clinic ).Makan ubat then dia tdo. Masa tdo x de batuk dah. Senyap. Pastu dah tengah malam try bagi dia susu, lepas minum, batuk then muntah lagi.. Sayu aku tengok dia, kelaparan, sakit.. X leh masuk makanan ape-ape dah. Asyik muntah je ! Dah kurus anak aku.. Aku rasa sungguh useless ! There's nothing i can do. I wish that i can replace her. Biar aku je yang sakit. Jangan dia, biar lah dia sihat walafiat. Aku x sanggup tengok dia sakit macam ni. Langsung x bermain, seharian dia berbaring.. Kalau hari ni the condition is still the same, aku nekad nak bawak dia gi hospital. Sungguh, aku x sanggup tengok keadaan anak aku lemah macam ni !

Thursday, May 13, 2010

Qistina nak baby !


Macam-macam hal

Semalam ku amik MC . Bawak Qistina ke klinik sebab demam beserta packagenya tuh. Alhamdulillah, malam semalam dah kurang panas badannya. Hopefully today dah x demam. Batuk still ade ckit-ckit. Sekali sekala batuknya. Muntah lah jugak masa batuk tu, tapi x de la everytime batuk dia muntah. Semalam dia muntah 2 kali je. Susu ? of course la kurang. Selalunya 7-8 botol, tapi bila dah x sihat ni bleh minum takat 5 botol je. Kurus la anak mama kalau 3-4 hari macam ni. Oh ye, sok amik cuti half day plak. Nak bawak my grandma pegi operation matanya tu. Macam-macam hal yang berlaku dalam minggu ni. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat. Semoga anak mama cepat sembuh...

*mama pun dah start batuk ni.. adoiii..x leh la nak makan yang bukan-bukan. Harus pantang makan kalau nak cepat sembuh

Tuesday, May 11, 2010

Demam oh demam !

Demam lagi anak aku.. Dulu masa baby x de la nak dapat penyakit yang satu ni sangat kecuali masa kena injection je. Pembawa penyakit demam yang pertama di rumah aku ialah adik aku, pastu jangkit ke mak aku, pastu pagi ni dapat la kat Qistina..Sebabnya dia pun asik dok cakap dia demam dari 2 ari lepas sedangkan dia x demam. Gatal mulut jugak la Qistina ni kan..Tu kan dah dapat demam. Complete package hokey ! Pagi tadi terbatuk-batuk then terus muntah.Memang dia punya style dah..Kalau dah batuk wajib lah muntah. Adoi, pastu kalau dah muntah nak nangis la plak sebab dia x suka muntah dia tu. Cepat-cepat soh orang basuh parts of the body dia yang kena muntah tu. Nak wat macamne kan, dah orang yang demam tu dok satu umah. Harus lah berjangkit walaupun dia x sentuh orang yang sihat walafiat ni. Qistina..Qistina.. rajin makan ubat tau. Nanti bleh cepat sembuh..

Monday, May 10, 2010

Errr..sedikit pening ***

Salam buat semua. Ari ni tuan empunya blog adalah sedikit pening akibat kerakusan diri sendiri untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Sebenarnya tugasan yang dikatakan memerlukan ketelitian iaitu menyemak satu persatu item yang dibeli untuk projek. Korang paham ke? x paham pun x pe la, bukan kerja korang.. Ye tak? Aku cuma nak berkongsi kepeningan aku je ngan korang. Meh le sama-sama pening ngan aku bila korang baca entry ni.. Adoiyai..duniaku berputar-putar !

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua.. Cerita tentang hari ibu ni mengingatkan aku tentang mak yang sangat cekal. Arwah abah meninggal masa aku di tingkatan 5. Kalau x silap 2-3 bulan sebelum aku amik SPM. Aku macam x percaya yang abah dah tinggalkan kami sekeluarga. Mak yang bertungkus-lumus menjaga kami dua beradik. Mak bukak gerai makan di Pantai Teluk Molek, Teluk Air Tawar. Aku la yang bantu mak di gerai. Aku tolong mak buat minuman, sementara mak sendiri memasak. Sungguh, aku x rasa malu sedikit pun untuk tolong mak di gerai. Ye la most of bebudak sekolah mesti rasa malu wat keja macam aku, takut kena ejek kat sekolah. Tapi bagi aku, tolong mak cari rezeki adalah sesuatu yang mulia. Aku anak sulung. Walaupun perempuan aku sedikit sebanyak bertanggungjawab untuk membantu.Aku rasa aku harus kuat semangat untuk membuat mak tabah hadapi hari-harinya. Aku tau mak sedih walaupun dia x tunjuk depan anak-anak. Aku tau mak menangis dalam hatinya sebab kehilangan orang yang dikasihi. Lepas SPM, mak hantar aku gi kolej. Lepas setahun belajar, aku cakap ngn mak aku dah x nak belajar. Aku kesian kat mak yang cari rezeki untuk bagi duit kat aku. Ye la, walaupun mak terima pencen arwah abah, tapi aku tau semua tu x cukup sebab mak kena bayar keta, nak bayar yuran kolej aku, umah sewa aku, makan aku, belanja sekolah adik aku, keperluan adik aku lagi..Aku cakap aku nak keja.. Mak pun dah x tau nak cakap apa bila aku bertegas nak keja. Aku x nyesal pun atas keputusan yang aku buat sebab aku percaya walaupun aku x belajar tinggi, insyaallah tuhan akan tolong aku kalau niat aku ikhlas nak tolong mak. Mak x pernah mengeluh, menangis depan aku . Mak kata kalau ini takdir dia, dia terima dengan redha.. Aku kagum ngan semangat mak. Mak adalah idola aku. Kesungguhan dan kecekalan mak membesarkan kami dua beradik x kan aku lupakan sehingga ke akhir nafasku....Selamat Hari Ibu buat mak !

Thursday, May 6, 2010

Batal puasa atau tidak jika memakai lens?

Syukur..syukur..actually ada benda yang aku musykil. This previous 2 years baru aku realized pasal menda ni. Aku kan pemakai contact lens yang tegar. X penah pakai specs. Pakai pun bila mata sakit, doktor x kasi pakai lens selama 1 bulan. Hidup aku bila pakai specs dirasakan sungguh down. Tapi dari mata buta, akibat nak cantik..aku redha je dengar nasihat doktor tuk pakai spec. Bulan puasa pun aku pakai lens macam biasa.. Tetiba je tahun lepas aku ada rasa was-was la bab pakai lens ni. Tapi kan x tau nak tanya sape bab-bab macam ni. Then this year aku masuk la http://www.zaharuddin.net then ustaz ni kata "tidak batal". Alhamdulillah. Dulu i keep on guessing la kata x batal kot pakai lens ni, sebab aku rabun bukan aku sronok-sronok nak letak lens dalam mata. Ha.... ko bleh plak teka2 sendiri macam tu ! Kalau la la ustaz tu cakap batal puasa kalau pakai lens, agaknya aku puasa 3,4,5 tahun lepas tu camne citer lah ek? Masyaallah..

Beli belah shawl & anak tudung

Lately perangai membeli-belah shawl & anak tudung syria cotton semakin menjadi-jadi ! Sebabnya? Bila dah try skali rasa selesa lak anak tudung syria cotton tu bila digandingkan ngan shawls kan.. X panas, senang dan jimat masa. Bila pakai anak tudung tu je rasa macam dunia ni aku yang punye ! ha..ha.. ayat x ingat ;-p Serius la wei..Sapa-sapa yang cuba dia tau la keseronokan pakai anak tudung syria ngn shawl. Superb hokey ! Bukannya ape bila pakai shawls aku terasa macam muda remaja je Muahahaha......Ok, sila muntah sekarang !

Wednesday, May 5, 2010

Mood sedikit ceria ! Ngeee... ;-P

Lepas lunch i'm feeling better..Dah x de rasa malas-malas sgt..Dah x de rasa kosong-kosong lagi. Ye la.. aku dah lunch tadi kan, mesti lah dah penuh ! Muahahaha.. Nak-nak plak aku makan laksa favourite aku tu. Weh, tiap-tiap minggu makan laksa nih.. pehal? Itulah, dah namanya gila laksa. Haruslah dibedal laksa bila jumpa kat mana-mana pun. Tapi kalau x sedap aku pangkah hokey. Aku dh x nak makan dah. Korang lunch ape ?

Hari Malasku

Salam..ari ni kurasa sgt-sgt malas.Malas nak bangun tido, (tido x bangun-bangun kang baru tau!) malas nak keja..(nanti x de duit lak?)Kenapa la jadi sampai macam tu skali ek? Rasa sungguh-sungguh x berinisiatif untuk melakukan ape-ape. Kalau hubby ade, mau kena bebel ni. He..he.. But I bet korang pun penah rasa la apa yang aku alami ari ni. Mesti korang penah bangun pagi rasa jiwa kosong, bodo, x tau nak wat ape..kan? kan? kan? Macam x de semangat je.. :-( Qistina...tolong mama !

Monday, May 3, 2010

Jalan-jalan di Pesta Buku Pulau Pinang


Ini story weekend yang baru je lepas. Daripada memendam rasa bosan di rumah, hubby decide nak bawak anak bini dia jenjalan ke Pesta Buku yang berlangsung di Dewan Millenium, Kepala Batas. Ku ikut je, momantai.. Ingat nak cari buku jahitan manik. Tapi hampa sebab x jumpa walaupun ku dah puas cari. Si kecik ni jugak yang dapat story book Pooh (walaupun ABC pun lom bleh baca lagi). Kata abahnya biar beli buku banyak..nak galakkan semangat membaca. Ye la abang.. Ku turutkan aje walau kat umah dah ada banyak buku. Si kecik tu pulak kalau datang mood rajinnya, bangun tido pepagi lagi nak baca buku. He..he..macam boleh membaca :-) Si kecik ni memang buah hati pengarang jantung si abah. Walaupun aku dah naik angin ngan kerenah budak ni yang kekadang tersangat melampau, si abah tetap cool layan anaknya.. Agaknya sebab weekend aje baru jumpa anak kot. Kalau ari-ari ngadap kerenah anak dia macam aku, agaknya mau jugak si abah naik angin. Kesimpulannya, Qistina sangat seronok ke Pesta Buku. Asyik peluk abah dan cakap "Saaaaayang.... abah !" (sayang sangat kat abah sebab abah layankan aje kerenah dia & dapat jenjalan)