Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Wednesday, March 31, 2010

Panggilan..er...hangit?

Ni kes yang berlaku semalam..selepas selesai solat maghrib ku lepak-lepak di ruang tamu dengan anak.Tetiba telefon..telefon berbunyi.Aku pun jawab le.Pompuan la yang kol aku tu.X biasa lak ku dengar suaranya sebelum ni..Pompuan ni ngaku kawan aku.Dah tu aku tanya la "ko ni kawan yang mane satu ek?" dia jawab "ala..kawan sendiri pun x kenal!" dah betul aku x kenal kan?kan?kan? pastu aku cakap la "wrong number kot.." dia x reti-reti jugak,dok cakap dia kawan aku..Pastu aku tanya la dia soalan cepucemas "kalo ko ni kawan aku, aku ni siapa? dok mane? nama ape?"amik ko! Pastu dia kata lak kawan dia yang nama tuttt bagi no aku kat dia.Aku cakap la aku x kenal dan terus letak. Pastu dia kol aku lagi cakap nak kenal aku la..aku ni sombong la..Last-last skali hubby aku cakap "saya nak kawan ngan awak bley?" dan-dan tu dia letak tepon..Muahahaha..Nak jadi ape la ngan adik-adik skarang ni? (adik ke? ntah la, dengar suara mcm belasan tahun lagi..) Di sini ku ingin menyatakan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh..AKU STRAIGHT BUKAN BI !

Tuesday, March 30, 2010

Gomen..owh..gomen !

Aku sedang berusaha ke arah sesuatu..Nak tau ape? Aku nak saaaaangat keje ngan gomen.Ha..ha.. orang tua-tua kan selalu cakap 'gomen' (government). Aku dah isi borang SPA. Harap-harap ade la rezeki. Rase cam banyak je kekosongan kan..Tapi tu semua depends on nasib gak. X pe la. yang penting aku kena usaha untuk menjayakan cita-cita aku itu.Selebihnya kuserahkan kepada Allah S.W.T. Amin..

Monday, March 29, 2010

Lagi..lagi.. cartoons !

Salam wat rakan-rakan blogger smua. Amacam hujung minggu anda? Mesti best kan? kan? kan? Tapi.. mesti x leh tanding ngan hujung minggu aku..Memandangkan hubby pun x balik weekend yang lepas dan aku plak x de feel nak bawak anakku kuar jenjalan sebab kureng sihat..Makanya aku dok umah je la sepanjang dua ari tu.Serius x kuar mane-mane (Kuar sidai kain de la !) Korang nak tau tak...Aku telah didera oleh si tecik itew..Dari dia celik mata je.. "mama..bukak kartun!" ok la, aku pun bukak le Disney Channel. Tengah ari kan..nak jugak tengok rancangan lain.Asal pegang remote je dia cakap"mama...kakak nak tengok kartun nih ! Nak tengok bickey mouse (Mickey mouse le tu.) Lepas Mickey Mouse, Oso (Special Agent Oso), Dibo The Gift Dragon, Animal Mechanical, Chloe's Closet...bla..bla..bla.. Kekdahnya, tunggu dia tdo baru la aku leh nonton tv!!! Kesimpulannya disini, aku telah menghabiskan weekend aku dengan menonton rancangan kartun faveret anak aku...Muahahaha...terkena jugak aku !

Friday, March 26, 2010

Weekend yang x berapa nak best

Hu..hu..hu i bet this weekend is going to be the terrible ones ! Why? Coz' im not feeling well till now. Luckily my Qistina's getting better. Hope she's not going to be infected again (sbb aku still batuk & selsema). Ape-ape pun aku harap kawan-kawan smua sihat walafiat dan leh enjoy weekend korang ek. Salam santai dari aku..

Terkenang aku...

Salam pagi Jumaat semua..Di pagi yang mulia ni teringat aku sesuatu.Bukan sebab semalam malam Jumaat & bukan jugak sebab aku dah buang tebiat (mungkin gak kot!) Meh aku nak share ngn korang ape yang aku kenang-kenangkan di pagi Jumaat ni..

Husband aku yg muka sememeh x nak mekap!




Itulah yang aku kenangkan.Saat aku bergelar seorang isteri....

Wednesday, March 24, 2010

Lepas Qistina mama pulak...

Salam wat semua..Qistina dah sembuh dari demam tapi still ade batuk-batuk lagi.Skarang dah berjangkit ke mama pulak.Mama dah dapat batuk + selsema.Makan ubat tapi x pantang minum ais pun..Pantang tengok ade la..hiks..hiks..Selera pun ade kureng ckit la..ckit je pun, kalau tidak aku ni memang pantang nampak makanan.Hua..hua..hua. Anyway, kawan-kawan yang lain sila jaga kesihatan anda k.Itu saja n3 kali nie. X de idea sebab kureng sihat & kureng makan ;-p

Wednesday, March 17, 2010

Demam lagi !

Qistina demam lagi! Baru bulan lepas demam, bulan ni demam lagi..X tau dimana salahnya sampai bleh demam lagi.Qistina x makan apa-apa pun yang bleh menyebabkan dia demam.In fact dia memang x mkn apa-apa kecuali susu.Pelik kan? Sekali-sekala ade la mkn biskut, nasi goreng ke..Main hujan?Owh memang x penah.Sedangkan nk kuar dari umah ke keta pun berpayung bagai dikala hujan rintik yg sememangnya x terlihat dek mata kasar!Qistina juga adalah seorang budak yg sangat aktif, yg sememangnya jarang nk dapat penyakit.Tapi kenapa bleh jadi mcm tu ek? Mama doakan Qistina get well soon..Semoga anak mama sihat walafiat selalu...

Tuesday, March 16, 2010

Weekend tanpa abah :-(

Weekend yang lepas my hubby x balik.So, both of us (Qistina n Me) just spend our time jenjalan di pantai pada waktu petang. Adalah sangat memBOSANkan untuk duduk sahaja di rumah pada waktu petang di hari cuti.Jadi ku telah membawa si penglipurlaraku keluar. Jom layan picas gedik santai minggu tanpa abah..







Wednesday, March 10, 2010

Kenapa aku suka makan?

Hmm, kenapa aku suka makan?

  1. Sebab klu aku x mkn aku bleh mati!
  2. Klu aku lapar je aku cepat naik angin..(statement x hengat!)
  3. Dah klu aku x makan mna nk dpt energy tuk jaga anak aku yg habih meter aktifnya itew (ye ke aku yg jg lebih? ke mak aku? ke aku? ke...)
  4. Aku takut aku bleh jdk KURUS (maksud aku mcm org anorexsia tu)
  5. Aku penah berkawan ngn sorang member cina yg memang "kaki makan" & tersangatlah pandai bab-bab makanan nie

Dan yang penting sekali, aku memang jenis yang suka makan,asal teringin je aku akan dapatkan makanan itew..Aku x penah diet untuk maintain badan aku sekarang ni.. Tapi aku percaya smua orang mmg suka makan,bukan aku sorang je..kan?kan?kan?

Friday, March 5, 2010

Wahai rakan-rakanku..

Salam tuk semua..Tima kasih diucapkan wat kawan-kawan yg sudi menjadi follower blogku ini.Buat kawan-kawan yg x display link, aku x dapek nk jdi follower korang. So, moral of the story (macam x kena plak ayat ni?) tolong inform aku link ke blog korang agar aku dpt share ngn readers yg lain..sharing is caring right? Pape pun, selamat berhujung minggu wat semua. Have a nice weekend guys!

Monday, March 1, 2010

Coti..coti..

Cuti kali ni x pegi memana pun..Ari Jumaat petangnya kitaorang 3 beranak pegi Megamall a.k.a Pacific Perai.X shopping pun, tapi pegi amik jam POLO hubby yg telah dihantar seminggu sebelumnya untuk dibaiki(masih ada warranty).Pastu jalan2 cuci mata (yang sah-sah membuat hatiku membara untuk bershopping! sabar..sabar..). Ari sabtu pegi cari ketam..ha..ha.. sebenarnya dh seminggu terasa nk mkn ketam nih.Tapi hampeh, x de ketam pun ari sabtu tuh..So dengan hati yang hampa kupulang begitu saja..Tapi..tapi lagi,berapa banyak tapi daa..Hubby dh pesan kat brother jual ikan tu soh simpan 2kg ketam untuk wifenya yg tersayang. Ari ahad kul 10 pagi dah pegi kat tempat nelayan naik ikan di Pdg Benggali.Ada ketam! yes! yes!(klu brother tu x simpan gak, mau aku bakar je kedainya!) Kitaorang telah borong ketam tu 3kg..harganya RM55 ( selepas sesi tawar-menawar).Kami rebus je ketam tu, x masak apa-apa yang special pun.Makan dengan air asam.Selebihnya diratah..Yummy..best...(2 jam dok kat meja makan, kopek ketam dan ratah)

*hubby dh perli-perli.."x abis lagi ke ayg?"