Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Thursday, September 30, 2010

Makan Pree !

Salam semua..Ari ni I makan pree ok. Our Finance cum HR Manager belanja kita-kita yang kesempitan wang selepas raya..Muahahaha.. I je kot yg agak tersepit selepas raya. Ade 3 orang gadis-gadis chumel nak benti keja, sebab nak sambung belajar.. Jom layan gambar di kedai nasi daging yang sangat-sangat yummy..

Zura dan Mas ( dua orang yang nak benti keja)

Azim & Bob

I dengan pinggan nasi yang telah licin.. Background? Si tudung pink adalah Finance cum HR Manager

Dari kiri : Kak Jemma, Flora & Anith (sorang lagi yang nak benti keja)

Tuesday, September 28, 2010

Princess yang err...half naked?

Just received this mms from my sis..


Alahai Qistina..Dah berperangai macam Bunny dalam Dibo The Gift Dragon plak !

Nasib badan =(

Salam.. Semalam dapat notis dr bos mengatakan segala operasi pejabat akan berpindah ke Bukit Jelutong.. Alahai..ramai yang x dapat ikut bekerja di sana. Termasuklah I. Diorang nak tutup ofis sini, smua pindah sana..So kalau ko x nak pegi maknanya apa? Haruslah benti keja kan? Pening memikir.. Bukan leh dapat keja lain dalam sehari dua.. X pe la.. I consider sesuatu yang berlaku tu mungkin ade hikmah di sebaliknya kan? Kalau benar bagai dikata, bermakna start 11/10/2010 bermulalah kehidupan I sebagai surirumah sepenuh masa (sampai la I dapat keja pulak) =(

Wednesday, September 22, 2010

Apakah?

Sila lihat gambar dulu dan kini

*
*
*
*
*
*
Sekarang

Beberapa bulan yang lepas...

Apakah ini akibat memakan kuih dan kek dengan banyak di hari raya? OMG.. Apakah maknanya ini?

Tuesday, September 21, 2010

Qistina nan hijau

Salam semua..Ari bila lawat FB & blog kawan-kawan semua tepek gamba raya.. Isk..isk.. sedey plak sebab pagi raya x snap bertiga dengan baju sedondon. Tu la abg, nape x ingatkan ayg? Kita bertiga pakai warna hijau. Tu adalah last minute plan. Actually mama ngan anak dah siap baju merah & berhajat nak beli baju melayu merah @ maroon tuk si abah. Alih-alih abah cakap nak ijau plak... Ape nak wat, ikut je la cakap suami. This is our 1st time nak pakai sedondon..Yang ado gamba budak ni je ngan baju hijau dia (",)



Monday, September 20, 2010

Fuh kau sawang

Salam..wah...raya sakan I kan? Lama x update blog. Semalam baru masuk keja. Rasa macam x mo keja dah (statement x hengat ni) Tapi memikirkan $$$ I kuatkan semangat nak keja. Shopping agak sakan sebelum raya kan.. Harus la tinggal ckit2 je yang berbaki. Nasib baik shopping raya kali ni fully sponsored by en hubby. Duit I seposen pun x kuar =) tapi tetap jugak abis.. Mana duit I lari ek? Confuse betoi la. Erm, macam-macam jugak I pow dari en hubby. Addition handbag raya GUESS... He..he.. thanks abg. Lepas tu hubby repair keta, tukar kusyen keta. Wah..keta pun raya ye.. X pe, nanti I yang naik kan. Jadi x de la nak membuat hal dah. Klu nak buat hal pun lambat ckit kan
beg raya =p

Wednesday, September 8, 2010

Blog bercuti dari 9/9/2010 - 19/9/2010

Salam.. Yeehaw seronok sungguh sok dah start cuti. Owh ye, sok birthday hubby. Mau kasi apa ya? Sok memang nak buat kek. So, abang makan kek buatan ayang je lah ye? Kek chocolate. Tapi x de icing-icing macam kat kedai lah =p I nak amik kesempatan tuk wish Happy Birthday tuk hubby. Umo abang dah 27 tahun k. Be good, x mo nakal-nakal macam zaman bujang ye =) Dan juga I nak wish all my blog readers Selamat menyambut hari raya aidilfitri.. Maaf zahir dan batin, harap dimaafkan sekiranya terkasar bahasa, tersalah kata.. Berhati-hati memandu di musim perayaan. Biar lambat asal selamat. Bak kata omputih better late than never (",)

Cerita shopping ! I loike =p

Salam..ye sekali lagi kita bercerita di blog =) Kali ni cerita pasal shopping. Jumaat yang lepas sebelum waktu berbuka my hubby dah sampai umah. Dengan muka tersengih-sengih gaya kucing dapat ikan dia berkata " Ayang, malam ni p shopping jom. Kita pegi LEVI'S je " Makanya selepas berbuka kami suami isteri pun kuar bershopping . Owh ye, anak ditinggalkan ye. Klu x mak pak x leh try sluar. Kang ade yang tersalah saiz sebab adegan kejar-mengejar dengan anak =p I rasa-rasa dekat 10-12 kali jugak try suar baru rembat 2 pair. Tapi yang lebih menakjubkan, hubby try lagi banyak & lebih lama dari I. Ceh... kalah pompuan tau ! x pe, I sabar je sebab 2 pasang suar yang I rembat adalah fully sponsored by hubby.. Shopping di LEVI'S tamat lebih kurang pukul 11 lebih dan kita sampai di rumah kira-kira kol 12.20 am

Keesokkannya...

Bawak anak plak, sebab hubby cakap kesian semalam x bawak. Niat hubby nak cari baju melayu tuk pakai di pagi raya.. Bertahan cuma sejam lebih dan we decided nak balik je sebab anak dah berlari-larian dan mak paknya jugak kena berkejar-kejaran. So, balik umah.. tidurkan dia dan we'all kuar berdua tuk cari baju. Hubby kata tahun ni dia nak pakai sedondon. Previous year memang kita x penah pakai sedondon tau ! Hubby beli baju melayu kaler hijau. Makanya mak dan anak kena carik baju hijau jugak. Harus lah lupakan niat nak pakai baju kurung moden merah I di pagi raya nanti . =( tsk..tsk.. I cuma beli baju kurung biasa je tuk pakai pagi raya. Huwaaa... macam x best tau. X vogie the vass mak nanti . Owh tapi, terubat jugak hati I yang lara sebab hubby belikan sebuah handbag GUESS tuk I =p. Pandai abang bodek ayang ye?

Esok lagi...

Pegi ARIANI tuk beli tudung raya. Tapi agak sedih sebab x bawak baju kurung hijau tuk cari tudung. Makanya rembat 3 helai tudung ( tapi nak pakai pagi raya ngan baju hijau x de ) Itu saja edisi shopping raya wat masa ni.. Sekian....

Cuti 2 hari

Salam semua. Harap-harap semua rakan-rakan blogger sihat walafiat hendaknya. Ari Isnin dan Selasa I x masuk keja . Sebabnya? Pagi Isnin masa I bangun tidur I nak turun mandi dan bersiap-siap pegi keja, tapi masa turun tangga tu telah jatuh daaa... selang 3 anak tangga I telah jatuh ke lantai. Sakit montot dan kaki tau ! Maybe mata I belum bukak luas-luas dan I sangka I sangat terror sebab tetiap ari dah biasa turun tangga kan. Itulah padahnya. The conclusion... biar mata terbuka luas selepas bangun tidur baru la gerak nak ke mana pun =p

Friday, September 3, 2010

Mood tuk bershopping =)

Salam Jumaat. Wah..dengar tajuk n3 ari ni macam teruja je ye tak? Mungkin orang lain semua dah habis shopping raya kan? But me & hubby baru je nak pegi cari baju raya. Haruslah tinggal anak kat umah kalu mak paknya kuar mencari baju. Bukan ape, kalau bawak princess tu, baju x dapat yang dapat pening je! Nak ukur baju kat badan dia pun kemain susah nak kejar. Nak-nak plak orang berduyun-duyun..Adeh.. Maybe sok atau lusa nak kuar pegi cari baju.. Hatiku berbunga-bunga =p

Thursday, September 2, 2010

23 Ramadhan & Koko Crunch

Owh sudah 23 Ramadhan rupanya. Macam cepat pulak nak raya. Baju anak settle ! Baju mak ade 2 pasang kurung moden =/ Baju bapak? nan ado sehelai pun =( Kesian my hubby. X pe ye bang, nanti kita p shopping last minute. Sahur pagi tadi sangatlah lemau. X lalu lagi nak makan nasi. Makanya I telah menjadi minah saleh montot hitam dengan memakan Koko Crunch beserta susu full cream Dutch Lady. Skarang? rasa sungguh menyesal sebab perut dah wat konsert..Adoi...

Duit Raya !

Salam.. tadi pagi lepas balik dari pejabat PERKESO I pegi bank. Memula pegi AFFIN, tapi duit tuk tukar dah habis, pegi CIMB offline plak.. Last skali pegi PUBLIC BANK. Beratur sampai luar bank. Alang-alang dah sampai, tunggu je la. Dekat setengah jam jugak la hanya nak tukar duit RM200. I tukar RM1 x 100 & RM5 x 20 . Selesai sudah =) Korang semua dah tukar blum? Cepat sementara stok masih ade !