Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Wednesday, June 9, 2010

Dah seminggu...

Sila abaikan tajuk entry yang kurang jelas. Ingin dinyatakan di sini, tuan empunya blog berasa sangat happy sebab anaknya dah boleh survive tanpa pacifier kira-kira dalam masa seminggu ni. Perasaan sangat happy sebab bila anaknya sudah tidak menggunakan pacifier adalah kerana sebelum ini tuan empunya blog teramatlah risau consequence daripada menggunakan pacifier, anaknya akan menjadi seperti halimah jongang. Tuan empunya blog juga merasakan jika gigi anaknya telah menjadi seperti halimah jongang, adalah sudah tidak berguna lagi walaupun teknologi zaman sekarang canggih (boleh pakai braces) ! Ada sebuah kisah yang telah berlaku yang mengakibatkan anak tuan empunya blog sudah tidak mahu menggonggong pacifiernya. Pada suatu hari , hujan turun dengan lebatnya.. Anak si empunya blog telah menghabiskan masa dengan mengenang nasib diri sambil memerhati ke luar jendela. Dengan tidak semena-mena, anak empunya blog telah membuang pacifiernya ke luar jendela dikala hujan sedang turun dengan lebatnya. Anak empunya blog juga telah menginformkan perbuatannya pada nanny (mak aku le !) Dan nanny dengan muka yang marah telah mengeluarkan dialog ini kepada si kecil " Awat Qistina buang puting kat luaq? Tu dia.. Tompok dah ambik puting Qistina. Nanny x tau ! Tompok dah bawak lari dah. Nanti kalau Qistina mintak puting, nanny nak rotan Qistina !" Selepas kejadian itu, anak empunya blog tidak lagi meminta puting kerana memikirkan yang Tompok telah mengambil putingnya. Walhal nanny telah mengutip puting tersebut dan menyorokkannya di dalam laci almari yang berkunci agar tidak dapat dikesan oleh anak empunya blog yang cerdik otaknya itu... Sekian !

* Tompok di dalam kejadian adalah kucing jiran sebelah

2 comments:

  1. hihi..bagus ank empunya blog..!!!
    sendiri sedar erk...
    nanny pun masuk skali dlm citer nih...kekeke
    garang no mak ang...

    ReplyDelete
  2. ✿ Zetty84 ✿ : garang2 pun anak aku dok p sondol kat dia jgk. kdg2 dok pgil "mak" =) lebih rpt dgn mak aku berbanding aku. Anak sapa sbnrnya ni? Confuse dah !

    ReplyDelete