Salam Jumaat. Ari ni nak cerita pasal Qistina plak =) Qistina yang membuatkan mama sungguh-sungguh geram dengan perangainya ! Semalam masa ku balik umah, tengok dia x pakai diapers.. GOOD. Dah seharian dia x pakai diapers, seems ok la..nak pee dia pegi bilik air. Tapi lepas solat Maghrib ku dapat HABUAN..He..he.. dia ckp dia nak poo poo.. Since dah x pakai diapers, haruslah dia poo poo di lantai bilik air. Get it? Dan wajib jugaklah mama dia mengutip hasil fresh dari montot dia tu untuk dibuang =). Terkena di situ... Sebelum ni dia poo poo kat bilik air masa weekend je, sebab time tu mama ngan abah ade umah tuk pantau dia full time. Since abah dah ade umah, abah la yang kena kutip hasil fresh dari montot itu. Terselamat mama bila abah ade ! Muahahaha... last-last kena jugak semalam ! x pe, itu boleh diterima since she's my daughter rite? Lagipun adalah satu progress dia x pakai diapers dan boleh pee & poo dengan jayanya di bilik air. Lepas dah poo poo, x kasi dia pakai diapers lagi.. Dia tengah main-main sensorang tetiba dengar jiran sebelah dok sembang kat luar. Dengan gaya kaypochinya, dia pun menyelit kat blakang rak tv tuk bukak tingkap.. Aku pun cakap "Qistina, jgn la dok kat situ, nanti short karan la !" sekali.. dia wat x tau je. Belum sempat ku pegi tarik dia, Prannnggggg ! Sudah pecah cermin tingkap nako umah tok aku. Panik kejap ! Terus dukung dia bawak gi dapur nak check kalau-kalau ade kaca kat badan dia. Memang ade .. Halus-halus.. Ku kutip satu persatu dari badan dia. Pastu bagi dia mandi dan pakai baju lain. Still x pakai diapers. Kusuruh dia dok dalam bilik sementara aku nak bersihkan kaca. Dia dok sibuk jgk nak tengok aku bersihkan kaca. Dan kali ni amaran ku kepada dia telah bernada tinggi. Dari skala 1-10 tu, kiranya nada aku dok kat tahap 8 dah ! Dia masuk bilik dok ngan nenek dia diam-diam dok selongkar dressing table plak. X pe.. Selesai je aku lap-lap lantai dan kutip kaca ku dengar tok aku cakap "La.. awat kencin kat sini..awat x habaq nak kencin !" uwaaa.... mcm nak nangis aku tau. Nasib baik dia kencing kat atas kain yang nak dibasuh. So, disaster area x teruk sangat. Kencing sambil berdiri hokey ! Dah tu aku cakap kat dia, "Dah dekat sehari x pakai diapers, bleh je kencing elok2, berak elok2, awat x cakap nak kencing tadi?" Pastu dia jawab "Kakak terkencing la mama..mama jangan malah-malah ok?" Adoii.. anak aku ! Pas dah setel kasi siram badan dia dengan air, kuar je terus ku bagi pakai diapers.. SETTLE. Dia dok diam kejap dalam 10 minit macam tu, dia senyum-senyum kat aku "Mama...kakak lapar la. Nak loti bakaq !" Ha..kau.. nak mkn roti bakaq wa cakap lu (Kena sapu butter klu x dia x nk mkn) Aku pun gi la wat loti bakaq tuk dia. Makan setengah keping je ! X pe la, kang klu x wat, x makan terus anak aku tu.. Dah la susah nak makan. Qistina..Qistina.. suka wat mende-mende yang berbahaya. Peel-peel dia terkadang membuatkan aku rasa nak nangis, marah & ketawa dalam satu masa ! Jangan jadi meroyan sudahla...
Welcoming My 3rd Baby...
-
Alhamdullilah syukur ....
x tergambar dgn kata2 bila i dpt tahu i'm expecting a girl....;)!
Bila dah ada 2 boy, tipu lah kalau i cakap hati x meronta2 nk ...
11 years ago