Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Friday, June 11, 2010

Bosannyaaaaaaaaaaaa...

Salam semua.. Ari ni ku rasa bosannn bangat. Yerla, lunch hour x kuar memana pon. Malas sebab td dah makan dah. Masih rasa kenyang. Lagipun sejak-sejak pindah location ofis ni rasa macam x suka kuar makan dah. Kedai around here mcm x berapa menepati selera. Nak ke kedai yang menepati selera, kena start keta kuar dari area ofis ckit. Lagi la malas ;-p . So, pepagi dah tapau siap-siap. Makan kat ofis. Ingat nak tido jap memandangkan ari ni banyak masa. Tapi x leh lelap la pulak.. Erm.. cepat-cepatlah masa berlalu supaya aku bleh balik umah dan menghadap kerenah cayang bucuk =) aku x penah tinggalkan cayang bucuk tu lebih dari 24 jam tau..

Thursday, June 10, 2010

Rejeki..rejeki.. Alhamdulillah !

Salam.. merujuk kepada tajuk n3 di atas tentulah kejadian yang baik berlaku pada empunya blog. (",) Ari ni rezeki murah sebab skali lagi lunch di sponsored adik-adik yang akan tamat praktikal kat company ni besok. Salah sorang yg mensponsoredkan makanan adalah Zura. Menu ialah nasi ayam + air kotak (diorang siap kasi pilih ye nak air kotak ape.. laici ke, mango ke, oren ke) See? betul tak i cakap murah rezeki. Minggu lepas pun ade jgk cerita yang sama kan? Tapi lepas ni ko jangan mimpi le nak makanan yang di sponsored. Kenapa? aku rasa x de bebudak practicum dah la.. Muahahaha... K, la. Nak makan dulu. Chow !

Wednesday, June 9, 2010

Mati sudah..

Empunya blog merasakan dirinya sangat merepek-meraban ari ni dengan x semena-mena. X percaya? Lihat tajuk n3 untuk ari ni. Apa yang matinya? Owh.. sebenarnya lesen memandu tamat tempoh ari ni. So empunya blog telah meminta pertolongan maknya tuk gi Post Office dan merenewkan lesen memandu tersebut bagi pihaknya. Motif ? x reti-reti lagi ke.. Itu telah menunjukkan kemalasan empunya blog untuk keluar ke pejabat pos pada waktu rehat sekaligus telah menyusahkan maknya sendiri. Kedengaran sedikit kejam di situ ! So ari ni empunya blog dengan rasa konfiden & beraninya telah memandu tanpa kad pengenalan + lesen memandu = bukan warganegara? Empunya blog sangat berharap agar tiada polis @ jpj @ sesuatu yang sewaktu dengannya di jalanraya sewaktu pulang nanti. =)

Dah seminggu...

Sila abaikan tajuk entry yang kurang jelas. Ingin dinyatakan di sini, tuan empunya blog berasa sangat happy sebab anaknya dah boleh survive tanpa pacifier kira-kira dalam masa seminggu ni. Perasaan sangat happy sebab bila anaknya sudah tidak menggunakan pacifier adalah kerana sebelum ini tuan empunya blog teramatlah risau consequence daripada menggunakan pacifier, anaknya akan menjadi seperti halimah jongang. Tuan empunya blog juga merasakan jika gigi anaknya telah menjadi seperti halimah jongang, adalah sudah tidak berguna lagi walaupun teknologi zaman sekarang canggih (boleh pakai braces) ! Ada sebuah kisah yang telah berlaku yang mengakibatkan anak tuan empunya blog sudah tidak mahu menggonggong pacifiernya. Pada suatu hari , hujan turun dengan lebatnya.. Anak si empunya blog telah menghabiskan masa dengan mengenang nasib diri sambil memerhati ke luar jendela. Dengan tidak semena-mena, anak empunya blog telah membuang pacifiernya ke luar jendela dikala hujan sedang turun dengan lebatnya. Anak empunya blog juga telah menginformkan perbuatannya pada nanny (mak aku le !) Dan nanny dengan muka yang marah telah mengeluarkan dialog ini kepada si kecil " Awat Qistina buang puting kat luaq? Tu dia.. Tompok dah ambik puting Qistina. Nanny x tau ! Tompok dah bawak lari dah. Nanti kalau Qistina mintak puting, nanny nak rotan Qistina !" Selepas kejadian itu, anak empunya blog tidak lagi meminta puting kerana memikirkan yang Tompok telah mengambil putingnya. Walhal nanny telah mengutip puting tersebut dan menyorokkannya di dalam laci almari yang berkunci agar tidak dapat dikesan oleh anak empunya blog yang cerdik otaknya itu... Sekian !

* Tompok di dalam kejadian adalah kucing jiran sebelah

Monday, June 7, 2010

Pepagi lagi dah langgar anjing

Salam wat semua. Ari ni aku rasa nak makan breakfast McD lagi. So sebelum gi keja, pegi la McD drive-thru. Otw nk gi tu kan aku nampak la anjing kat tengah jalan tu. Sat-sat dia p kiri, sat-sat dia p kanan. Aku pun terus memandu dengan kelajuan yang x berapa nak laju sangat. Time aku sampai dekat anjing tu kan, Anjing tu tetiba je datang depan keta aku.Aku pun langgar le dia. Ater, dah dekat, nak brek kang, aku yang kena langgar ngan keta belakang. Terpaksa la aku kebabom langgar anjing tu. Dan anjing tu pun dok terjerit-jerit kesakitan. Aku rasa dah kiok la anjing tu. Itu bukan masalah utama disini. Masalah utamanya, aku x rasa ape-ape pun.. X de rasa kesian, x de rasa bersalah.Trauma? lagi le x de. Macam aku x langgar ape-ape pun! Dulu masa aku terrrlanggar sekor kucing kat jalan (dalam situasi yang sama tapi tukar anjing tadi dengan kucing) masyaallah ! Punya la terketaq-ketaq bagai membunuh seorang manusia lagaknya. Adakah aku dah hilang salah satu sense yang wujud dalam diriku? Apakah...? Apakah yang terjadi dengan aku ari ni ?

Friday, June 4, 2010

Sponsored lunch

Salam Jumaat. Murah rezeki nampaknya ari ni. Lunch ditaja oleh salah seorang budak praktikal yg dah habis tempoh praktikalnya di pejabat kitaorang. Dia wat kenduri. Setiap sorang daripada kami diberi sebungkus nasi daging + mineral water (aiseh..air mineral pun ko bagi dik?) Moga-moga murah la rezeki ko lepas ni ye.. Amin. So today kami berkelah kat ofis je la kot. Tengah hujan-hujan camni, makan nasi daging.. dah kenyang plak cuba lelapkan mata barang sejam dua..Perghhh syorga wa cakap lu.. Jangan jealous erk !

Thursday, June 3, 2010

Sesi jawab tag !

Jawab tag dari Mai

1. Apa yang bermain di fikiran u allz sekarang
Erm.. bila nak dapat gaji ek? =)

2. Apakah nama samaran u allz
Wahida, Nor..

3. Berikan 3 orang yang u allz sayang
1. Family
2. Diriku sendiri
3. Kawan-kawan

4. Panggilan untuk si dye
Of course...abannnnngg.. (wat nada manje ckit ek ;-p)

5. Hadiah yang u allz impikan dari seseorang yang istimewa
X kisah ape-ape je yg dia bagi kuterima..

6. Blog mana yang u allz suka visit
Semua follower aku dan semua yg aku follow !

7. Tagkan kepada 15 orang rakan blogger u allz...

http://mamalieyna.blogspot.com/

http://www.iedaluvsham.com/

http://zanabelongstowanzul.blogspot.com/

http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/

http://familysempoi.blogspot.com/

http://inilahduniakita.blogspot.com/

http://damiaqish.blogspot.com/

http://naurahmakwa.blogspot.com/

http://e-nawanisfan.blogspot.com/

http://mzhany.blogspot.com/

http://cerita5zal.blogspot.com/

http://mamamiera.blogspot.com/

http://mummyameer.blogspot.com/

http://myrulezmylife.blogspot.com/

Need new hairsyle

9314_cameron-richardson10142_emma-stone9908_straight-medium

Rasa macam rambut lebih cepat panjang selepas bertudung. Rasanya x sampai 2 bulan pun ptg rambut, dah nak cecah ke pinggang balik. Sekarang kan saya bertudung, so ingat nak potong pendek ckit, dan nak merebondingkan rambut. Penah wat rambut curl. Tapi tahan 3 hari je. Sebab rasa sangat rimas bila x payah sikat rambut. Macam orang gila plak. Dah jadi kebiasaan asik dok sikat rambut tetiba x yah sikat. Haru tuh. Bila pikirkan balik, sungguh membazir. Kuar ratus-ratus, tahan 2-3 hari je.. Hmm nak wat mcm gambar no. 1 tu, tapi macam x seswai pulak muka ni bila ade fringe. Last rambutku berfringe adalah semasa di kindy. Ha..leh bayangkan x? Yang no. 2 tu pun rasa ok gak sebab simple je kan.. No. 3 tu pendek sgt x? Hmm.. ku x pernah potong rambut pendek sebab kuarga asyik halang je dulu. Kata diorang sayang rambut panjang-panjang nak potong. Tapi kan dah pakai tudung skrang. Suka hati la nak potong pendek pun..He..he.. Tapi x nak la terus potong pendek, terkejut lak rasa rambut panjang-panjang terus jadik kontot. X pe lah, should try the no. 2's pattern kot. X elok kang jenuh hubby dok gelak kat aku ! Haishh... Any idea girls?


Breakfast yang membuatku bahagia..


Salam semua. Hari ni rasa sangat bahagia sebab dapat makan Sausage Egg Muffin + Coffee dari McD. See? Betapa besarnya pengaruh burger terhadap hidup seseorang. Boleh membahagiakan orang yang macam aku ni.. =) Muahaha.. merepek meraban di pagi hari Khamis. Sebenarnya dah banyak hari nak makan menda ni. Nak try coffee yang nampak sungguh-sungguh menggiurkan itu ! Ape? korang ingat manusia je bley nampak menggiurkan ke? :-/ Haish.. nanti kena bawak Qistina breakfast kat McD plak. Tapi sure dia x nak makan sbb kat McD tu ade playground. Bley la mak paknya ni makan dengan aman ckit kot. Qistina selalu pegi McD makan fries sajork. Pastu minum shake sampai setengah cup. Adoi..bahaya dia skarang.Sudah pandai minum air yang berais.

Tuesday, June 1, 2010

Langsaikan hutang

Tengok tajuk macam ade hutang sama Ah Long..Bukanlah ! Bernazar untuk sesuatu dan dah tertunai. Jadi kena la langsaikan hutang tu. Berpuasa la sehari. So ari ni I puasa k. Dan bila dah katanya berpuasa di bulan yang orang lain tidak puasa...Sungguh menguji keimanan. Ha..ha.. pepagi datang ofis smua orang tengah menjamu selera di workstation masing-masing. Haishhh.. masa ari ku x puasa jarang la plak diorang makan kan. X pe la..sabar je. Nti malam bley makan jugak. Bukannya x bley makan terus kan? kan? kan?