Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Wednesday, July 14, 2010

Puasa lagi

Salam..sekarang idea untuk berblogging sangat mengecewakan. Klu jadi penulis kat mana-mana column tuk newspaper sudah semestinya kena tendang awal-awal. Hu..hu.. Owh ye, ari ni start puasa balik tuk ganti lagi 2 ari. Meaning ari ni sehari..erk, bila-bila lagi sehari boley? Semalam pesan kat my grandma soh wat maggie goreng tuk sahur. See? ngada-ngada kan? maggie goreng pun ko x reti wat ke wahida oiii ! Beranak je pandai (owh sudah semestinya hal-hal yang sebegitu semua org sedia maklum, x yah susah2 cikgu nak ajar) Opss lari topik. Tapi makan maggie goreng tu ckit je sebab macam masin ckit. Nak complain memang x berani takut kena ceramah di subuh hari. Ye la, orang dah tolong masakkan pun dah besar rahmat... Pastu minum susu je segelas. Harap-harap x de la lapar sangat ini hari. Emmm.. malam nanti nak berbuka makan apa ye? Haruskah ku bawa budak pasar malam itu ke pasar malam tuk mencari makanan? X penah bawak dia ke pasar malam without her abah.. Nak ke x nak ek ?

Monday, July 12, 2010

Qistina in action !

Jom layan gambar Qistina Sabtu yang lepas...

Gaya ganas

Anak manja abah..

Tengok ape tah !

Lamunanku terhenti...

Nak main tu..

Abah kasi tolak itu montot nak bagi cepat naik tangga..

Betapa happynya dia..

Pose lagi

Ada apa kat muka achu tu ?

See dia sengih.. (",)

Peace !

Innocent face

Friday, July 9, 2010

Jawab tag plak


1) Apa nama blog kamu dan kenapa letak nama tu
Ceriteraku coz macam-macam cerita pasal diriku kat dalam blog ni

2) Apa nama url blog dan dari mana datangnya idea tu
www.wahida84.blogspot.com kerana nama panggilanku wahida dan lahir tahun 84 senang citer sebab senang nak ingat

3) Apa method dalam penulisan GadisKecoh
erk ???

4) Pernah rasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
x penah terpikir langsung !

5) Pernah ahli keluarga anda baca blog ni
pernah kot =)

6) Apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan ada orang lain cakap blog anda cantik
jealous kat I le tu ! muahahaha...

7) Bila blog anda diberanakkan
2009

8) Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog
me lar..he..he.. kawan saya izzati kut

9) Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah
x tau le plak sebab I dah abis skolah dekat 9 tahun dah !

10) 5 orang yang bakal di tag
erk..sesapa yg sudi wat.klu tag karang, ramai yg x nak wat..hu..hu..

mysara..kak wahida x hutang ape-ape ngan kamu ye..dah jawab tag dah hokey

Story hari ini

Salam semua.. Pagi ni saya kuar awal ckit (awal la sangat kan kol 7.55 am tu !) dengan tujuan untuk menuju ke Mc D Seberang Jaya sebab nak makan breakfastnya. Ops..ari ni saya tidak membunuh mana-mana makhluk ALLAH (I've repent) di jalanraya dan di mana-mana jua saya berada (",) Setelah mengenyangkan diri saya dengan breakfast Mc D itu, barulah saya terasa sedikit kesunyian kerana rakan gosip+subahat saya seramai 2 orang telah pun bg notis 24 hours semalam ! (actually diorang muda dari saya ye, pangkat adik-adik le) Selepas itu saya mula terfikir nak makan apa waktu lunch nanti ye? Erm.. sedang berusaha dengan gigih untuk put on weight sedikit. Maybe around 2-3 kg. Sebab berat badan saya sekarang hanya 45kg dan kalau habis berat pun 46 kg sedangkan masa saya belum kahwin berat normal saya 47kg (maintain). Mungkinkah itu disebabkan pengambilan Mercilon yang digunakan untuk merancang keluarga bahagia? Atau kerana saya sudah tidak lagi makan 4 kali sehari seperti dulu???? Mungkin juga kerana saya mempunyai anak yang aktif !

Thursday, July 8, 2010

Geram ngan Qistina

Salam guys.. Terus kepada topik. Ya.. lately saya terasa sangat-sangat geram ngan anak saya. Mendera anak? owh..saya bukan geram yang membawa kepada penderaan. Saya geram lain. I think semua ibu-ibu di luar sana pernah mengalami situasi yang serupa. Contoh geram

Rasa nak gigit-gigit je pipi anak anda
Bila lepas anak anda mandi, anda dapati montot anak anda sangatlah chumel sehingga rasa nak gigit-gigit montot gebunya..
Bila lihat anak anda bermain sorang-sorang anda rasa anak anda sangat cutedan secara tiba-tiba macam nak peluk dia kuat-kuat

So.. apa pendapat anda semua? Adakah saya telah menjadi ibu yang buang tabiat? Owh..harap-harap tidak kerana saya rasa saya semakin sayang anak saya walaupun kekadang perbuatannya membuat saya GERAM versi yang lagi satu...


Monday, July 5, 2010

Spring Cleaning !

Salam semua. Macam dah lama x update blog. Lama ke? (",) Weekend yang baru je berlalu dihabiskan dengan sesi mengemas bilik kami suami isteri yg hanyalah sekangkang kera tu. Walaupun hanya sekangkang kera, proses mengemas, menyusun atur mengambil masa lebih dari setengah hari okey ! Hubby plak terover rajin last Saturday. Jadi inilah masaku nak menggunakan kerajinan suamiku itu. Muahahaha.. jahat x aku? Dek terlampau rajin ku suruh je dia lap dinding bilik (dinding kayu je..dah umah kampung le katakan) So, kuarkan segala katil, almari, tv, dressing table semua.. Bermulalah episod sapu sawang dan lap dinding. Semua hubby yang wat. Told u dia over rajin kan? pas dah habis sesi dia sapu sawang n lap dinding, kitaorang buang tikar lama ganti tikar baru. Masukkan balik barang dalam bilik dengan susun atur gaya baru dan tadaa... aku plak amik alih tugas tuk sapu n mop.. Terasa bilik sangat lah bersih. Nanti nak raya x de la teruk sangat kan.. itu je story weekend yang lepas. Ngee =)

Thursday, July 1, 2010

Masih hidup !

Alhamdulillah, tuhan masih membenarkan aku bernafas lagi pada hari ini.. Sangat-sangat bersyukur kerana masih dapat melihat alam ciptaanNya serta masih lagi dapat melihat insan-insan yang dikasihi pada usia ku genap 26 tahun hari ini (",)

Friday, June 25, 2010

Ini Qistina punya cerita

Salam Jumaat. Ari ni nak cerita pasal Qistina plak =) Qistina yang membuatkan mama sungguh-sungguh geram dengan perangainya ! Semalam masa ku balik umah, tengok dia x pakai diapers.. GOOD. Dah seharian dia x pakai diapers, seems ok la..nak pee dia pegi bilik air. Tapi lepas solat Maghrib ku dapat HABUAN..He..he.. dia ckp dia nak poo poo.. Since dah x pakai diapers, haruslah dia poo poo di lantai bilik air. Get it? Dan wajib jugaklah mama dia mengutip hasil fresh dari montot dia tu untuk dibuang =). Terkena di situ... Sebelum ni dia poo poo kat bilik air masa weekend je, sebab time tu mama ngan abah ade umah tuk pantau dia full time. Since abah dah ade umah, abah la yang kena kutip hasil fresh dari montot itu. Terselamat mama bila abah ade ! Muahahaha... last-last kena jugak semalam ! x pe, itu boleh diterima since she's my daughter rite? Lagipun adalah satu progress dia x pakai diapers dan boleh pee & poo dengan jayanya di bilik air. Lepas dah poo poo, x kasi dia pakai diapers lagi.. Dia tengah main-main sensorang tetiba dengar jiran sebelah dok sembang kat luar. Dengan gaya kaypochinya, dia pun menyelit kat blakang rak tv tuk bukak tingkap.. Aku pun cakap "Qistina, jgn la dok kat situ, nanti short karan la !" sekali.. dia wat x tau je. Belum sempat ku pegi tarik dia, Prannnggggg ! Sudah pecah cermin tingkap nako umah tok aku. Panik kejap ! Terus dukung dia bawak gi dapur nak check kalau-kalau ade kaca kat badan dia. Memang ade .. Halus-halus.. Ku kutip satu persatu dari badan dia. Pastu bagi dia mandi dan pakai baju lain. Still x pakai diapers. Kusuruh dia dok dalam bilik sementara aku nak bersihkan kaca. Dia dok sibuk jgk nak tengok aku bersihkan kaca. Dan kali ni amaran ku kepada dia telah bernada tinggi. Dari skala 1-10 tu, kiranya nada aku dok kat tahap 8 dah ! Dia masuk bilik dok ngan nenek dia diam-diam dok selongkar dressing table plak. X pe.. Selesai je aku lap-lap lantai dan kutip kaca ku dengar tok aku cakap "La.. awat kencin kat sini..awat x habaq nak kencin !" uwaaa.... mcm nak nangis aku tau. Nasib baik dia kencing kat atas kain yang nak dibasuh. So, disaster area x teruk sangat. Kencing sambil berdiri hokey ! Dah tu aku cakap kat dia, "Dah dekat sehari x pakai diapers, bleh je kencing elok2, berak elok2, awat x cakap nak kencing tadi?" Pastu dia jawab "Kakak terkencing la mama..mama jangan malah-malah ok?" Adoii.. anak aku ! Pas dah setel kasi siram badan dia dengan air, kuar je terus ku bagi pakai diapers.. SETTLE. Dia dok diam kejap dalam 10 minit macam tu, dia senyum-senyum kat aku "Mama...kakak lapar la. Nak loti bakaq !" Ha..kau.. nak mkn roti bakaq wa cakap lu (Kena sapu butter klu x dia x nk mkn) Aku pun gi la wat loti bakaq tuk dia. Makan setengah keping je ! X pe la, kang klu x wat, x makan terus anak aku tu.. Dah la susah nak makan. Qistina..Qistina.. suka wat mende-mende yang berbahaya. Peel-peel dia terkadang membuatkan aku rasa nak nangis, marah & ketawa dalam satu masa ! Jangan jadi meroyan sudahla...

Thursday, June 24, 2010

2 more days to go

Salam sume..x de story ape pun just dok calculate posa yg harus di ganti. Dah posa 6 ari dah (termasuk ari ni) So tinggal lah lagi 2 ari... Adoi.. Dugaan betol la tengok orang asik dok nganga dan ngap ! Ape tu? Bukak mulut dan makan =) Tetiap malam selama dok posa nie, asal lepas berbuka ngan nasi saje, mesti nak ade dessert ice cream. Stok dah nak abis, kena pegi beli. Sahur plak setakat sekeping dua roti dan segelas air. Klu x makan langsung kang aku jugak yang dok terketaq-ketaq kat ofis. Haish teruk benar !

Wednesday, June 23, 2010

Percubaan pertama

THE CUTEST MAMA & BABY CONTEST

Nie gambar yang aku letak tuk join contest tu. Actually gambar ni merupakan memori yang sangat sweet di mana masa gambar ni diambil, Nur Qistina berusia genap setahun. Gambar ni diambil semasa mama bawak Qistina jalan-jalan di pantai Teluk Air Tawar, Butterworth.

Ada yang nak join? Klik sini