Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Monday, April 12, 2010

Happy Birthday Flo !

Baru je lepas sambut besday Flora yang ke 23 ! Kek telah disponsor oleh salah sorang atau dua orang dalam office kitaorang.Yang lain tu tumpang makan je la ek..he..he.. Anyway epi besday ye Flora. May all ur wishes come true..

Kek b'day

Kitaorang tengah sibuk cicah buah pelam time ni !
B'day girl yang terharu sebab diapit oleh dua bidadara..he..he..

Jalan-jalan cari makan...

Weekend yang baru lepas ni, kami asik kuar jalan-jalan cari makan.Kebetulan ari Sabtu & Ahad ade pasar malam.Jadi makan malam haruslah dibeli di pasar malam (ku masak lauk tuk makan tengah ari je) Ari Ahad tu, teringin lak nk makan kangkung goreng belacan.Menu tengah ari Ahad adalah kangkung goreng belacan & bawal goreng.Semua aku goreng-goreng je..ha..ha.. orang pandai masak le katakan! Nasib baik hubby x tercekik sbb lauk x de kuah (kangkung tu ade air ckit2 pe..) Nasib badan la abg oiii...Asal cepat dan kenyang.

(pics cilok dr ....)

Thursday, April 8, 2010

Berita tergempar !

Baru je beberapa minit tadi berlaku kemalangan di depan ofis aku..Masih x dapat apa-apa story, sebab geng pejabat x gosip lagi. Tengah kusyuk wat keje dengar bunyi ambulans.Ingatkan kat jalan besar depan pejabat.Rupa-rupanya kat jalan kecik..(yang jugak depan pejabat). Yang aku nampak orang tu dah terbaring je.Maybe kaki patah kot..Dah dibawa ambulans yang datang dari Hospital Kepala Batas.Ish..accident pun blakang keta aku la jugak.Nape la dia jatuh betul-betul kat keta aku? Kalau aku nk masuk keta kang kena pijak darah dia ke? Macamne ek? Musykil..

Wireless yang hampeh !

Adoi..dah 2 ari aku x leh nak wat keje ngan proper.SQL kat ofis ni jap-jap ade, jap-jap x leh bukak.Ini semua sebab x guna kabel..Network lak akan bertukar secara automatik ikut signal yang strength.Adakah aku nak goyang kaki je sepanjang ari sambil melayan facebook? Owh..nanti ade yang kena cop makan gaji buta ! Korang cuba bayangkan, baik punya aku tengah taip PO detail tetiba je dah hang system SQL tu.ade ke patut? Kan wat penat aku je..Someone in the office..please help me !

Tuesday, April 6, 2010

Agak sibuk

Start minggu lepas aku agak sibuk sebab dah tukar department, tapi dok kat situ jgk la.Tukar keja ckit je kan. Skarang ni totally tukar wat keja Purchasing. Dah x wat admin + hr+ account dah..He..he..Kena la blajar ngn Purchasing Officer aka superior aku..Tapi sempat lagi la dok jenguk-jenguk blog korang smua. Itu je la story ari ni sebab aku dah nak balik umah.Dah kol 6pm ni.Jom..jom..balik!

Monday, April 5, 2010

Shopping ^_^

Weekend kali ni agak best walaupun ku belum dapat gaji, sebab ku telah menemani mummy bershopping! Wah, mak aku klu skali skala bershopping biasa la kan..ngn kain utk wat baju raya pun dah beli skali ! Ha..ha..aku ikut dengan muka kesian je la sebab x dapat gaji lagi.sob..sob.. Kerana tengok muka aku yang sangat kasihan itew mak telah mengadvancekan duitnya untuk ku beli kain untuk wat baju raya & sehelai lagi baju lengan panjang( sejak pakai tudung ni baju lengan panjang lebih menjadi pilihan). Sangat seronok hokey..since dah lama aku, mak & adik x kuar shopping macam tu. Qistina? Bagi dia tdo tgh ari cepat-cepat cabut kuar shopping..Kena tinggal la anak mama sorang ni (tinggal ngan nenek dia a.k.a tok aku).Klu dibawa juga alamat x bershopping la.Asyik nak kejar dia je dalam mall.Macam kuda terlepas kandang ! Tapi ada jugak habuan budak kecik ni.. My mum spend RM100 gak la beli baju dia.Mak cakap dah lama mak x beli baju kat cucu dia.Alhamdulillah..rezeki Qistina la tu.Tu je la kot N3 kali ni.La..la..la..la..

Wednesday, March 31, 2010

Panggilan..er...hangit?

Ni kes yang berlaku semalam..selepas selesai solat maghrib ku lepak-lepak di ruang tamu dengan anak.Tetiba telefon..telefon berbunyi.Aku pun jawab le.Pompuan la yang kol aku tu.X biasa lak ku dengar suaranya sebelum ni..Pompuan ni ngaku kawan aku.Dah tu aku tanya la "ko ni kawan yang mane satu ek?" dia jawab "ala..kawan sendiri pun x kenal!" dah betul aku x kenal kan?kan?kan? pastu aku cakap la "wrong number kot.." dia x reti-reti jugak,dok cakap dia kawan aku..Pastu aku tanya la dia soalan cepucemas "kalo ko ni kawan aku, aku ni siapa? dok mane? nama ape?"amik ko! Pastu dia kata lak kawan dia yang nama tuttt bagi no aku kat dia.Aku cakap la aku x kenal dan terus letak. Pastu dia kol aku lagi cakap nak kenal aku la..aku ni sombong la..Last-last skali hubby aku cakap "saya nak kawan ngan awak bley?" dan-dan tu dia letak tepon..Muahahaha..Nak jadi ape la ngan adik-adik skarang ni? (adik ke? ntah la, dengar suara mcm belasan tahun lagi..) Di sini ku ingin menyatakan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh..AKU STRAIGHT BUKAN BI !

Tuesday, March 30, 2010

Gomen..owh..gomen !

Aku sedang berusaha ke arah sesuatu..Nak tau ape? Aku nak saaaaangat keje ngan gomen.Ha..ha.. orang tua-tua kan selalu cakap 'gomen' (government). Aku dah isi borang SPA. Harap-harap ade la rezeki. Rase cam banyak je kekosongan kan..Tapi tu semua depends on nasib gak. X pe la. yang penting aku kena usaha untuk menjayakan cita-cita aku itu.Selebihnya kuserahkan kepada Allah S.W.T. Amin..

Monday, March 29, 2010

Lagi..lagi.. cartoons !

Salam wat rakan-rakan blogger smua. Amacam hujung minggu anda? Mesti best kan? kan? kan? Tapi.. mesti x leh tanding ngan hujung minggu aku..Memandangkan hubby pun x balik weekend yang lepas dan aku plak x de feel nak bawak anakku kuar jenjalan sebab kureng sihat..Makanya aku dok umah je la sepanjang dua ari tu.Serius x kuar mane-mane (Kuar sidai kain de la !) Korang nak tau tak...Aku telah didera oleh si tecik itew..Dari dia celik mata je.. "mama..bukak kartun!" ok la, aku pun bukak le Disney Channel. Tengah ari kan..nak jugak tengok rancangan lain.Asal pegang remote je dia cakap"mama...kakak nak tengok kartun nih ! Nak tengok bickey mouse (Mickey mouse le tu.) Lepas Mickey Mouse, Oso (Special Agent Oso), Dibo The Gift Dragon, Animal Mechanical, Chloe's Closet...bla..bla..bla.. Kekdahnya, tunggu dia tdo baru la aku leh nonton tv!!! Kesimpulannya disini, aku telah menghabiskan weekend aku dengan menonton rancangan kartun faveret anak aku...Muahahaha...terkena jugak aku !

Friday, March 26, 2010

Weekend yang x berapa nak best

Hu..hu..hu i bet this weekend is going to be the terrible ones ! Why? Coz' im not feeling well till now. Luckily my Qistina's getting better. Hope she's not going to be infected again (sbb aku still batuk & selsema). Ape-ape pun aku harap kawan-kawan smua sihat walafiat dan leh enjoy weekend korang ek. Salam santai dari aku..