Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Monday, August 30, 2010

Cerita 4 hari di rumah

Salam semua..kenapa tajuk n3 cerita 4 hari ? Bukan 3, bukan 2 ? Sebabnya I cuti dari Khamis ye. Bukan cuti suka-suka tapi cuti duka-duka. Jom tengok apa I wat sepanjang 4 hari tu..

Khamis 26/8/2010

MC. Demam start dari ari rabu petang lepas balik keja. Demam package (sakit kepala+muntah)Pegi klinik doktor soh makan ubat muntah depan dia ! Kalu muntah jugak dia soh datang balik amik injection =( Harus lah bukak posa kan, dah dia soh aku makan depan dia. Balik umah tengok-tengok bendera Jepun sudah naik. Selamat aku, klu x mesti kena ganti xtra sehari =)

Jumaat 27/8/2010

Demam dah ok. Pegi check gaji, dah masuk. Suka hati ! Hajat hati nak jahit manik kat baju. Bodek-bodek suami ajak keluar beli manik. Suami setuju. OTW nak ke kedai A Tu Z, boleh pulak keta mati tengah jalan. Adoi, ni semua cari penyakit. x leh tengok I ade duit tau ! Panggil mekanik, check-check, timing belt putus. Nah.. amik ko. Habis la harapan I nak shopping sakan kat butik LEVI'S..

Sabtu 28/2/2010

Keta dah siap. Sob..sob.. =( Ish, nape sedih ? Mau x sedih, melayang RM1 K I tau ! Ko raya la sorang-sorang wahai kereta. Hati I dah terluka. Mak ajak pegi shopping. I ikut je, antara rela ngan x. Makan hati lah tengok adik bershopping di LEVI'S. Buat pengubat hati yang lara, sempat juga I rembat baby t kat LEVI'S. Buat suami terchenta beli sehelai polo T di GIORDANO. Ops.. I pegi shopping ber3 je. Anak sama bapak tido di rumah..

Ahad 29/8/2010

Dok umah jahit manik dengan hati yang x bape nak sronok sebab duit tuk shopping dah diguna tuk repair keta. Sabar, anggap je dugaan tuhan. Kita tunggu je la rezeki yang akan datang ( kalau ade) Nasib baik anak punya baju raya dah ade 5 pasang + 2 pasang kasut = boleh beraya dengan seronok ! Petang kuar pegi dapatkan new haircut yang diidamkan. Buat mengubat hati yang lara. Cuma x rebondingkan je lagi rambut tu. My new look



Wednesday, August 25, 2010

Mood ceria =)

Salam.. Ari ni rasa best aje =) government servant dapat gaji kan?kan?kan? Ha..tapi I plak yang sonok lebih pehal? Muahahaha... (ade unsur2 keji di situ) Sonok la sebab nak pow duit laki I ! Tapi awal2 dia dah warning I "Abg bagi duit ni jgn joli2, jgn shopping dulu. Tgu abg balik bru kita kuar shopping" Tsk..tsk.. dia dah tau bini dia mcm ne kan.. Ye la abg, ayg tgu abg blk la kta kuar shopping ek.. Lagipun ayg tgh tgu gaji+bonus ni =)

Tuesday, August 24, 2010

Update secara malas

Salam. Rasa sungguh malas nak update blog. Macam ne lah en Nuff nak kasi duit ye dak? Owh ye, dah 2,3,4,5 ari x bape selera nak makan sahur. Amik syarat makan je. Air minum 2-3 gelas.. Semua tu nak membuat badan I kurus. I dont like.. Huargh..nak wat camne ye? Rasa 2,3,4,5 ari x de selera time sahur macam turun berat 5 kg ! Padehal my mom cakap, x de nya kurus.. Masih dalam kategori kurus standard, bukan kurus kering pown ! Tapi I tetap rasa diri di kategori kurus kering.. Haish =(

Friday, August 20, 2010

Hari yang ke-10

Salam...sedar x sedar dah 10 ari berpuasa. Hari-hari pun bukak PC dan berangan-angan nak makan apa bila tengok resepi-resepi yang menyelerakan. Walhal bulan x puasa x mandang pun benda-benda macamtu..Bila jengah blog kawan-kawan semua cerita pasal masakan =) Semalam I berbuka makan nasi je. X de kudap-kudapan dek kerana malas nak pegi PARAM. Balik kol 4.30 pm, sampai umah kol 5 pm. Mandi, solat, tengok PARA PENCARI TUHAN @ ASTRO. Cerita ni best tau. Banyak unsur-unsur nasihat dalamnya. Kelakar pun ade jugak.. Cerita ni start kol 5-6 pm. Pastu 6.30-7.30 pm tengok CINTA KIRANA plak..Habis cerita tu, pegi dok kat meja makan tunggu nak berbuka. See? manja x? X yah masak pun sebab mak ngan tok dah masak. Tunggu nak bedal aje.. Tapi kalau hubby ade skali-skala kena pegang kuali jugak =) Owh..baju raya sudah siap, nak jahit manik ckit kat tangan baju. Tudung raya belum cari. This time adalah raya pertama setelah I pakai tudung.Haruslah xcited nak cari tudung raya. Last year I start pakai tudung lepas raya =) Nak terjah ARIANI lah tuk cari tudung.. Sekian

Monday, August 16, 2010

Aktiviti Ahad

Salam semuanya..Ari ni I nak citer aktiviti ari ahad. Bangun tidur kul 8 lebih guling2 ngan anak jap, mandi. Pas mandi melepap kat depan TV barang 2-3 jam. Pastu hubby ajak ke tempat nelayan naik ikan (betul ke ayat ni?) hajat hati nak cari ketam sebab hubby volunteer tuk masak. But then ketamnya nan ado. Both hubby & me balik je. Masa dalam keta anak dok ketaq-ketaq ajak p PACIFIC lagi. Agaknya ada hantu kat PACIFIC tu yang dok panggil-panggil anak I. Gila shopping betoi anak I tu. Sungguh macam I ! Tapi kami x pegi pun. Balik umah je. Biar dia punggah satu bakul mainan dia sepah kat ruang tamu yg seciput je luasnya tu. Me? I gunakan tangan I yg keras ni tuk tolong mak buat pleated kat kening langsir.. Just jelujur, belum jahit sebab I totally x reti guna mesin jahit =p kat umah ade mesin jahit zaman jepun tapi masih leh guna. Asal I pegang mesin tu je jadi blur. Bila I guna tangan tuk spin, kaki dah keras x leh watpe. Begitu jugak kalu I guna kaki, tangan I plak keras je kat ctu. Kesimpulannya, I keras tangan! Fullstop. Dah tu kul 2 anak tdo, mak paknya pun bongkang jugak tepi buai anak ! Masa anak I tdo kan, I dengar dia dok mumbling cakap nak p PACIFIC.. Kesian betul la.. I citer ngan mak, mak cakap nanti lepas buka puasa kita bawak la dia kuar jap pegi mall. Ok, lepas buka kita kuar. Tapi bukan ke PACIFIC. kita semua ke Sunway Carnival. End up with 1 pair sandal raya (I beli) tuk Princess tu & 2 pair of gown for her (mak beli).. So, baju raya tuk dia cuma nak tambah sepasang dua lagi. Ye ke? tapi kalau dah rambang mata mau jugak amik lagi 3-4 pasang. He..he..

Friday, August 13, 2010

Nak cari resepi?

Salam Jumaat semua.. Hopefully semua rakan-rakan sihat di bulan ramadhan ni. Dah masuk ari ke-3 kan. Maybe rasa lapar yg melampau di hari pertama dah dapat diatasi ye x? Actually x de story ape pun ari ni.. Ramai rakan-rakan blogger yang lain mencuba resepi-resepi baru di bulan ramadhan ni kan ? Walaupun I x rajin memasak, I selalu jengah sini tuk amik resepi-resepi yang best.. Jom jenguk dan share resepi masing-masing (",)

Thursday, August 12, 2010

Entry caca marba

Salam. Ari ni rasa sangat lemau & sungguh mengantuk. Semalam berbuka dengan lauk biasa-biasa je. Ala kadar. Pastu ade karipap yang mak ngan tok buat waktu petang. Makan tu je la.. Membazir kan amalam syaiton ! Belum pegi mana-mana bazar ramadhan. Maybe tunggu hubby balik baru pegi. Hubby kaki pasar malam..Klu dia balik mesti cari pasar malam. Klu bulan puasa tukar jadi kaki bazar ramadhan la kekdahnya =p . Lepas berbuka dan solat Maghrib, I ajak mak pegi Care4 Seberang Jaya. Hajat hati nak ke Nagoya cari kain.. Mak pun turutkan je la anak dia ni. Haish.. orang lain gi terawih, I gedik-gedik nak pegi shopping ! Jangan tiru amalan ini.. Pastu tengok ade baju kurung readymade tuk budak-budak. Kain chiffon kosong, siap manik penuh di leher tau. Dah terbekenan, amik lah sepasang warna merah tuk Princess tu. This year baju raya I warna merah, so anak mama haruslah mama beli hungse jugak. Abah? x de baju melayu sebab dia keje raya pertama. Raya kedua baru ade umah, dah raya kedua mana ade orang pakai baju melayu lagi kan? kan? kan? Itu hungse ang-ang kaler jugak =) Harganya baju kurung tu hanyalah rm28 saja. See? murahkan? that's why mama amik sepasang tuk anak mama.. Pastu, terus ke Nagoya. I rembat kain cotton tuk buat 2 psg baju. Eh, tadi kan kata membazir tu amalan syaiton... Ngee.. x bazir makanan bazir kot lain plak. Mana de bazir, baju tu nanti leh wat pakai ke pejabat lepas raya ni. Korang setuju tak klu I cakap baju baru memberi semangat tuk ke pejabat dan bekerja ( alasan ! ). Lagipun rasa cam dah lama x wat baju baru tuk ke pejabat asik dok rotate je, pegi keja pun mcm x bape sronok =p
( alasan lagi.. ). Erm..x de pe dah nak story, ari ni story pasal pembaziran semalam.. daa..

Wednesday, August 11, 2010

Yeay !

Salam buat semua.. Ari ni our 1st day ramadhan. Hope uolss semua x de la asik pikir nak makan ape bila berbuka nanti. Sebabnya kalau pikir sangat, macam-macam yang korang semua nak beli.Dan kalau dah beli terlalu banyak juadah, kan membazir namanya. Tapi kalau korang semua boley je habiskan semua juadah tu its okay =p . Well, back to the topic. I'm really, really happy 2day b'coz I balik kol 4.30 pm. Ya..ada unsur-unsur kejakunan di situ kerana sepanjang I kerja paling awal pun I balik kol 5 pm (bulan ramadhan). Jadi harus lah rasa sangat seronok kan? kan? kan? Untung la kamu-kamu wahai government servant.. Balik awal, masa break banyak.. Ops, harus bersyukur ngan ape yang ada. Jangan envy ngan orang di bulan puasa ini. Okay, I nak sambung keja. Daa..

Tuesday, August 10, 2010

Qistina dan err proses kelahiran

OMG Qistina sedang menonton tv (yang mana cerita tu ade baby la..cerita omputih) bila dia secara tiba-tiba menerangkan proses kelahiran bayi kepada I.. Could you believe that? All of sudden she said "doktor tu tarik baby dari tutt kuat2. Pastu baby tu keluar la!" Terlalu advanced ! Pengsan aku
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan-rakan blogger dan juga sesiapa yang sudi singgah di blog I ni. Semoga bulan yang mulia ini diisi dengan aktiviti yang bermanfaat buat diri kita.Sama-samalah kita menghayati bulan yang mulia ini dengan penuh kesabaran dan keinsafan. Moga apa saja amalan(mulia) yang kita lakukan diterima tuhan. Amin. Selamat menjalani ibadah puasa !

Monday, August 9, 2010

Gunting rambut lagi

Ini cerita last Saturday. Actually dalam kol 12 lebih I bawak my Princess ke saloon tuk gunting rambut. But then, itu taukey belum sampai.Just ada Indonesian maid yg tengah rebondingkan rambut sorang girl ni. I pun ajak dia balik umah dulu. Cakap kat dia nanti kita datang balik. Princess x nak gerak hokey ! Keras dok kat kerusi saloon tu. Last-last i dokong je keluar dari saloon. u know what? She cried. Why? Sebab dia sangat2 suka potong rambut. Dan hanya nak potong di saloon tu saja. Saloon lain x nak ! Then pujuk-pujuk dia . Dia diam kejap. Pastu ajak I gi PACIFIC @ Megamall...Abah pun bawak la pegi jalan-jalan kat PACIFIC. Mama pun rembat sehelai jeans tuk princess tu.Hush Puppies rm99.90. Luckily ade 50% off. Save budget ckit =p Petangnya kita pegi balik kat saloon tu dan gunting rambut mucuk kat sana...





Jom share resepi

Salam buat semua. Ari ni I sarapan kek pisang buatan sendiri. Semalam hari rajin I. Selain masak hidangan tengah hari, I buat kek pisang skali. Bukan senang I nak rajin macam tu tau. =) I nak share resepi kek pisang yang sangat simple ni ngan uolss. Pasti menjadi walaupun pertama kali buat. Insyaallah..

Bahan-bahan ( 20 cm )

  • 2 biji pisang
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Asingkan putih dan kuning telur
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit
*Resepi mostly I amik kat sini. I x guna fresh cream pun. I masuk satu sudu kecil ovalette

Friday, August 6, 2010

Jom p PACIFIC makan aiskrim

Salam. Tajuk n3 di atas adalah luahan seorang anak terhadap ibunya. Ya, semalam masa I sampai umah si sayang bucuk telah merequest sesuatu seperti tajuk n3 di atas. Adakah dia memang pandai makan eskrem? Owh tidak jugak. Definasi makan eskrem bagi budak tu adalah tembabkan mulut ke eskrem dan jilat bibir anda. Ada paham? Maksudnya dia x jilat eskrem tapi jilat bibir dia ! Nasib baik jugak la dia x bape nak pandai sangat makan eskrem. Klu x mau ari2 dok request itu je.Not good for health hokey.Kenapa ke PACIFIC tuk makan eskrem? Sebab selalu masa jalan-jalan kat Megamall aka PACIFIC tu I slalu makan eskrem.Qistina owh Qistina ! Kita tunggu abah balik bawak kita makan itu eskrem okay =)

Wednesday, August 4, 2010

Jiwa kacau ! Ye ke?

Salam guys..Lagi bape ari dah nak puasa kan? Korang semua dah habis ganti puasa ke? I dah..Isk bukan riak ye. Erm bila masuk bulan puasa konon-konon macam jimat sebab x makan kan. Tapi sebenarnya lagi hampeh daripada biasa. Sebab? cuba korang pegi pasar ramadhan.Rm10 tetap kuar kan? Lebih lagi mau..Ater, kalau nengok makanan asik terliur je. Amik tu ckit, ni ckit, sedar-sedar dah rupa 2-3 orang punya makanan. Hadap la kau makanan tu dari waktu berbuka sampai nak tido nanti.(berdasarkan experience I. Orang lain I x tau =p) Bila calculate balik, korang punya expenses tuk makan di bulan ramadhan sure lebih dari kebiasaan. Sapa setuju angkat kaki ! Pastu time-time tengah puasa, mesti dok pikir persiapan tuk raya plak. Aduh.. lagi pening kepala. Buat mereka-mereka yang bergaji RM5-6K x de masalah la.. Tapi yang kuli-kuli inilah akan "Jiwa kacau" bila pikir persiapan raya.Nak-nak plak anak ramai..Tu belum modal nak wat kuih raya, ketupat, lemang, kek bagai...Kamu-kamu di luar sana bagaimana?

Tuesday, August 3, 2010

3 Ogos 2010

Salam..3 Ogos 2001 adalah hari yang paling x dapat I lupakan. Kehilangan tunjang keluarga. Kehilangan kasih seorang insan bergelar abah. Dunia kami telah berbeza mulai saat itu. Terasa sedih bila melihat insan lain masih mempunyai seorang ayah sedangkan diri sendiri ? Kamu-kamu semua yang masih mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka semasa hayatnya.. Semoga roh arwah abah dicucuri rahmat. Amin....

Monday, August 2, 2010

APMM Family Day

1 Happy Family !

Qistina yang memula takut nak masuk dlm sungai

Ni masa acara masukkan benang dalam lubang jarum. Wife kena pegang jarum, hubby kena masukkan benang tu. Kitorang dapat no. 2 (",)

Ni sementara nak tunggu hubby datang bawak benang. Sempat gedik kejap !

Acara baling belon berisi air kat pasangan memasing...

We olls yang first kuar.. Muahahaha..

Muka Qistina yang blurr. Nak jugak buat acara baling belon berisi air tu =p

Ni time dah get used ngan air sungai. Seronok sampai x nak naik dah..

Owh ye..Family day ni buat kat KEDA RESORT, Sik Kedah. Bukan kat Yan seperti yang distorykan sebelum ni. Diorang dah tukar tempat da..Kat FB banyak lagi gambar. Malas nak upload bebanyak kat sini takut kamu-kamu semua sakit mata. Ngeee.. =)

Saat Qistina melafazkan cintanya....

Moment yang indah dikala Qistina berkata " Kakak cintaaaa Mama ! "