Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Friday, April 30, 2010

Selamat Hari Pekerja !

Di kesempatan ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja wat semua yang membaca blog ini. Semoga kita akan lebih berdidikasi terhadap kerjaya masing-masing. Harap-harap bos naikkan gaji kita untuk bagi semangat kerja yang berkobar-kobar. He..he.. Ye la, kalau dedicated terhadap kerja tapi dah 4-5 tahun x naik gaji gak, semangat kerja bleh hilang woo.. Betul tak? Pekerja adalah aset sesebuah company, bukan liability..Harap-harap ramai bos-bos yang berpendapat seperti ini demi memajukan syarikat diorang. Hargailah kami para pekerja wahai bos yang baik hati !

Di klinik pakar mata..

Salam Jumaat wat semua kawan-kawan. Smalam aku on leave ye. Bawak my grandma ke Klinik Pakar Mata Perdana di Bukit Mertajam. Tujuannya adalah nak check selaput di matanya. Aku dah wat appointment 2 minggu sebelum pegi k. Appointmentnya kul 11 pagi. Kami sampai kat klinik kul 10.30 pagi. Imagine me, my daughter, my mom & grandma tunggu dari kul 10.30 pagi, kul 2 baru leh masuk jumpa doktor. Adoi.. sungguh membosankan + menyakitkan hati. Nasib baik doktor tu lemah lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati. Actually ku dah pernah ke klinik tu 3 tahun yang lepas sebab ade something macam jelly around mata hitam (akibat memakai lens lebih dari 8 jam sehari !). Masa tu x wat appointment. Balik keja awal ckit around 5 pm then terus pegi, dapat jumpa doktor tu around 7 pm. So aku expect dah wat appointment leh la jumpa doktor tu awal ckit ker..Kan? kan? Tapi hampeh. Anak aku dah boring sampai ajak balik umah ! After all, alhamdulillah doktor cakap bleh sedut or keluarkan selaput tu and mata akan kembali pulih dan terang. It cost around Rm3200. Operation schedule on 14/5/2010. Thats mean lagi 2 minggu. Hopefully tok boleh melihat dengan terang lagi jelas lepas ni..

Wednesday, April 28, 2010

Bila aku dah bosan...

Semalam..

Hari ini..


Harus la perasan macam anak dara.. walaupun hakikatnya aku bukan lagi sesuatu seperti itu ! Muaha.ha..ha..

Pening-pening lalat

Dah 2 ari kepala ni rasa pening-pening.Nak termuntah semua cukup. Nak kata x cukup makan rasanya terlebey sudah.. Angin banyak kot dok pusing-pusing kat kepala. Ye tak ? Lagi satu faktor yang menyumbangkan pening sebab dok ngadap PC x henti-henti (stop time lunch saja). Mana x nya, sok aku amik cuti, cuti keja, cuti berFB, cuti dari bersiaran di blog ni.. So sebelum cuti kena la siapkan keja yang patut (walaupun nak cuti sehari saje?) Saya adalah bertanggungjawab di atas kerja-kerja yang diamanahkan. Aci x wat statement cenggini? Masuk bakul angkat sendirilah ! Muaha..ha..ha....

*Sila jangan peningkan kepala anda dengan memikirkan apakah motif empunya blog membuat entry sebegini kerana dia sendiri sememangnya sedang pening lebih dari lalat !

Tuesday, April 27, 2010

Alhamdulillah..

Salam wat semua.Aku ingin kongsikan kegembiraan bersama-sama kamu semua.Semalam bertambahlah seorang lagi umat Islam.Flora Ajot, officemate aku telah memeluk agama Islam..Hatinya telah terbuka untuk menerima Islam sebagai pegangannya. Dan hari ni telah memakai tudung ke ofis.So sweet ! Harap-harap berkekalanlah agama Islam sebagai agamanya dan imej bertudung itu juga kekal. Anyway, congrats to Flora. We luv u !

Friday, April 23, 2010

Aku serabut !

Salam Jumaat wat semua geng blogger. Aku sedikit frust + marah + ting tong di hari Jumaat yang mulia ni. Sebabnya aku kena wat keja orang lain yang sedang x buat keja dia yang sepatutnya. Ada paham? Kan ke aku skarang bahagian purchasing. Tapi aku telah disuruh wat keja HR. Keja ni aku biasa la wat dan telah berjaya. Keja apa? Apply pegawai dagang kat imigresen untuk foreigners kat tempat keja aku.Turun naik, turun naik imigresen sampai sudah proses. Tapi tu masa darurat, masa company x de staff HR. Skarang dah ade staff HR, tapi aku jugak yang kena wat. Sebab? katanya aku dah penah wat, succes gitu. Habis, kalau ko x penah wat, ko x leh belajar ke? Semudah tu je alasan. Ape korang pikir? Semua menda yang orang lain x nak wat, aku la yang kena ek? Mak sanggupkah aku ni? Pikir-pikirkan la.. Nanti keja yang sepatutnya aku wat x siap, tapi keja orang lain plak yang siap. Aku bukannya nak berkira sangat kan ? Tapi kalau lembu punya susu sapi dapat nama memang lah x patut. Aku mintak maaf la kalau ade orang yang terasa hati. Aku cuma nak luahkan perasaan amarah ku yang sedikit itu di sini.. Sila fikirkan perasaan aku sama k..

Thursday, April 22, 2010

Laksa for lunch ?

Laksa oh laksa..Laksa adalah makanan favouriteku ! Korang jangan x tau sepanjang aku ngandung dulu aku x lepaskan peluang untuk bantai laksa banyak-banyak.Ye la nanti lepas bersalin dah kena pantang kan. Mana ada chance dah, leh telan liur je la tengok orang makan laksa. Selang sehari atau dua mesti aku nak makan laksa.Kalau tok aku wat laksa kat umah, sepanjang ari jugak la aku dok ngadap laksa tu.. x makan nasi dah. Aku memang peminat laksa yang TEGAR ! Tapi alhamdulillah lepas bersalin aku dapat mengawal diriku daripada makan laksa yang sungguh menggoda itu selama 2 tahun..Terror x aku? 2 tahun x makan laksa beb.Pantang..Mak aku dah pesan awal-awal, "kalau x nak hang punya tutt jadi x elok, sila pantang. Jangan makan laksa !" Tapi bulan lepas kan, aku makan laksa sepanjang hari.Aku rasa mau 4-5 pinggan gak la aku bantai sampai ke malam. Masa nak tdo malam tu badan aku rasa semacam je. Macam nak demam plak. Cepat-cepat aku makan ubat.. Itu lah penangan laksa.Jadi jangan makan laksa dengan kuantiti yang banyak atau kerap dalam masa sehari ye kawan-kawan semua..

Wednesday, April 21, 2010

Ermm...

Phew..baru je sampai ofis. Pegi hantar manager merangkap kakak iparku ke airport. Dia nak gi KL. Dalam perjalanan balik mataku terasa amat berat skali. Sangat-sangat mengantuk tau. Dah la sorang-sorang kan ? Baru lepas makan.. Cuaca panas.. Tapi ade nampak jalan yang aku lalu tu basah.Maybe baru lepas hujan kot. Hujan panas le gamaknya. Balik ofis ni dok sejuk kat dalam aircond plak..alamak...Alangkah nikmatnya jikalau dapat melelapkan mata barang seketika. Oi..oi.. jangan nak bermimpi di siang hari okey..Keja melambak tau. Ade hati nak berangan. Okey la nak sambung wat keja la. Bye..

Tuesday, April 20, 2010

Breakfast + Lunch = Brunch !

5 ketul samosa kentang

Mee goreng + Sambal ikan bilis

Pagi tadi teringat nak makan samosa.Ku singgah di pasar dalam perjalanan nak ke ofis semata-mata nak beli samosa yang sedap ni. Beli 5 ketul ye. Satu 40 sen. Pastu beli mee goreng dekat kedai makan berhampiran ofis ( x hampir sangat la sebab kena start keta gak nak p beli tu..) dan teh o ais. So i guess today no lunch for me coz i already take heavy breakfast a.k.a breakfast + lunch = brunch ! Just minum je kot sebab nak teman kawan ofis lunch. Hmm... korang lunch ape ari ni ? :-)



Monday, April 19, 2010

Mataku berpinar-pinar..

Adoi..tolong ! tolong ! mata aku dah berpinar-pinar ngadap PC..Dah le ade masalah rabun. Pastu dok la asik ngadap PC. Nak siapkan keja la.. Kang ada orang cakap aku makan gaji buta kang..Sebelum ada umat manusia yang kata macam tu baik aku settle keje aku cepat-cepat.

*aku bukan pemalas k!