Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Thursday, May 13, 2010

Qistina nak baby !


Macam-macam hal

Semalam ku amik MC . Bawak Qistina ke klinik sebab demam beserta packagenya tuh. Alhamdulillah, malam semalam dah kurang panas badannya. Hopefully today dah x demam. Batuk still ade ckit-ckit. Sekali sekala batuknya. Muntah lah jugak masa batuk tu, tapi x de la everytime batuk dia muntah. Semalam dia muntah 2 kali je. Susu ? of course la kurang. Selalunya 7-8 botol, tapi bila dah x sihat ni bleh minum takat 5 botol je. Kurus la anak mama kalau 3-4 hari macam ni. Oh ye, sok amik cuti half day plak. Nak bawak my grandma pegi operation matanya tu. Macam-macam hal yang berlaku dalam minggu ni. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat. Semoga anak mama cepat sembuh...

*mama pun dah start batuk ni.. adoiii..x leh la nak makan yang bukan-bukan. Harus pantang makan kalau nak cepat sembuh

Tuesday, May 11, 2010

Demam oh demam !

Demam lagi anak aku.. Dulu masa baby x de la nak dapat penyakit yang satu ni sangat kecuali masa kena injection je. Pembawa penyakit demam yang pertama di rumah aku ialah adik aku, pastu jangkit ke mak aku, pastu pagi ni dapat la kat Qistina..Sebabnya dia pun asik dok cakap dia demam dari 2 ari lepas sedangkan dia x demam. Gatal mulut jugak la Qistina ni kan..Tu kan dah dapat demam. Complete package hokey ! Pagi tadi terbatuk-batuk then terus muntah.Memang dia punya style dah..Kalau dah batuk wajib lah muntah. Adoi, pastu kalau dah muntah nak nangis la plak sebab dia x suka muntah dia tu. Cepat-cepat soh orang basuh parts of the body dia yang kena muntah tu. Nak wat macamne kan, dah orang yang demam tu dok satu umah. Harus lah berjangkit walaupun dia x sentuh orang yang sihat walafiat ni. Qistina..Qistina.. rajin makan ubat tau. Nanti bleh cepat sembuh..

Monday, May 10, 2010

Errr..sedikit pening ***

Salam buat semua. Ari ni tuan empunya blog adalah sedikit pening akibat kerakusan diri sendiri untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Sebenarnya tugasan yang dikatakan memerlukan ketelitian iaitu menyemak satu persatu item yang dibeli untuk projek. Korang paham ke? x paham pun x pe la, bukan kerja korang.. Ye tak? Aku cuma nak berkongsi kepeningan aku je ngan korang. Meh le sama-sama pening ngan aku bila korang baca entry ni.. Adoiyai..duniaku berputar-putar !

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat semua.. Cerita tentang hari ibu ni mengingatkan aku tentang mak yang sangat cekal. Arwah abah meninggal masa aku di tingkatan 5. Kalau x silap 2-3 bulan sebelum aku amik SPM. Aku macam x percaya yang abah dah tinggalkan kami sekeluarga. Mak yang bertungkus-lumus menjaga kami dua beradik. Mak bukak gerai makan di Pantai Teluk Molek, Teluk Air Tawar. Aku la yang bantu mak di gerai. Aku tolong mak buat minuman, sementara mak sendiri memasak. Sungguh, aku x rasa malu sedikit pun untuk tolong mak di gerai. Ye la most of bebudak sekolah mesti rasa malu wat keja macam aku, takut kena ejek kat sekolah. Tapi bagi aku, tolong mak cari rezeki adalah sesuatu yang mulia. Aku anak sulung. Walaupun perempuan aku sedikit sebanyak bertanggungjawab untuk membantu.Aku rasa aku harus kuat semangat untuk membuat mak tabah hadapi hari-harinya. Aku tau mak sedih walaupun dia x tunjuk depan anak-anak. Aku tau mak menangis dalam hatinya sebab kehilangan orang yang dikasihi. Lepas SPM, mak hantar aku gi kolej. Lepas setahun belajar, aku cakap ngn mak aku dah x nak belajar. Aku kesian kat mak yang cari rezeki untuk bagi duit kat aku. Ye la, walaupun mak terima pencen arwah abah, tapi aku tau semua tu x cukup sebab mak kena bayar keta, nak bayar yuran kolej aku, umah sewa aku, makan aku, belanja sekolah adik aku, keperluan adik aku lagi..Aku cakap aku nak keja.. Mak pun dah x tau nak cakap apa bila aku bertegas nak keja. Aku x nyesal pun atas keputusan yang aku buat sebab aku percaya walaupun aku x belajar tinggi, insyaallah tuhan akan tolong aku kalau niat aku ikhlas nak tolong mak. Mak x pernah mengeluh, menangis depan aku . Mak kata kalau ini takdir dia, dia terima dengan redha.. Aku kagum ngan semangat mak. Mak adalah idola aku. Kesungguhan dan kecekalan mak membesarkan kami dua beradik x kan aku lupakan sehingga ke akhir nafasku....Selamat Hari Ibu buat mak !

Thursday, May 6, 2010

Batal puasa atau tidak jika memakai lens?

Syukur..syukur..actually ada benda yang aku musykil. This previous 2 years baru aku realized pasal menda ni. Aku kan pemakai contact lens yang tegar. X penah pakai specs. Pakai pun bila mata sakit, doktor x kasi pakai lens selama 1 bulan. Hidup aku bila pakai specs dirasakan sungguh down. Tapi dari mata buta, akibat nak cantik..aku redha je dengar nasihat doktor tuk pakai spec. Bulan puasa pun aku pakai lens macam biasa.. Tetiba je tahun lepas aku ada rasa was-was la bab pakai lens ni. Tapi kan x tau nak tanya sape bab-bab macam ni. Then this year aku masuk la http://www.zaharuddin.net then ustaz ni kata "tidak batal". Alhamdulillah. Dulu i keep on guessing la kata x batal kot pakai lens ni, sebab aku rabun bukan aku sronok-sronok nak letak lens dalam mata. Ha.... ko bleh plak teka2 sendiri macam tu ! Kalau la la ustaz tu cakap batal puasa kalau pakai lens, agaknya aku puasa 3,4,5 tahun lepas tu camne citer lah ek? Masyaallah..

Beli belah shawl & anak tudung

Lately perangai membeli-belah shawl & anak tudung syria cotton semakin menjadi-jadi ! Sebabnya? Bila dah try skali rasa selesa lak anak tudung syria cotton tu bila digandingkan ngan shawls kan.. X panas, senang dan jimat masa. Bila pakai anak tudung tu je rasa macam dunia ni aku yang punye ! ha..ha.. ayat x ingat ;-p Serius la wei..Sapa-sapa yang cuba dia tau la keseronokan pakai anak tudung syria ngn shawl. Superb hokey ! Bukannya ape bila pakai shawls aku terasa macam muda remaja je Muahahaha......Ok, sila muntah sekarang !

Wednesday, May 5, 2010

Mood sedikit ceria ! Ngeee... ;-P

Lepas lunch i'm feeling better..Dah x de rasa malas-malas sgt..Dah x de rasa kosong-kosong lagi. Ye la.. aku dah lunch tadi kan, mesti lah dah penuh ! Muahahaha.. Nak-nak plak aku makan laksa favourite aku tu. Weh, tiap-tiap minggu makan laksa nih.. pehal? Itulah, dah namanya gila laksa. Haruslah dibedal laksa bila jumpa kat mana-mana pun. Tapi kalau x sedap aku pangkah hokey. Aku dh x nak makan dah. Korang lunch ape ?

Hari Malasku

Salam..ari ni kurasa sgt-sgt malas.Malas nak bangun tido, (tido x bangun-bangun kang baru tau!) malas nak keja..(nanti x de duit lak?)Kenapa la jadi sampai macam tu skali ek? Rasa sungguh-sungguh x berinisiatif untuk melakukan ape-ape. Kalau hubby ade, mau kena bebel ni. He..he.. But I bet korang pun penah rasa la apa yang aku alami ari ni. Mesti korang penah bangun pagi rasa jiwa kosong, bodo, x tau nak wat ape..kan? kan? kan? Macam x de semangat je.. :-( Qistina...tolong mama !

Monday, May 3, 2010

Jalan-jalan di Pesta Buku Pulau Pinang


Ini story weekend yang baru je lepas. Daripada memendam rasa bosan di rumah, hubby decide nak bawak anak bini dia jenjalan ke Pesta Buku yang berlangsung di Dewan Millenium, Kepala Batas. Ku ikut je, momantai.. Ingat nak cari buku jahitan manik. Tapi hampa sebab x jumpa walaupun ku dah puas cari. Si kecik ni jugak yang dapat story book Pooh (walaupun ABC pun lom bleh baca lagi). Kata abahnya biar beli buku banyak..nak galakkan semangat membaca. Ye la abang.. Ku turutkan aje walau kat umah dah ada banyak buku. Si kecik tu pulak kalau datang mood rajinnya, bangun tido pepagi lagi nak baca buku. He..he..macam boleh membaca :-) Si kecik ni memang buah hati pengarang jantung si abah. Walaupun aku dah naik angin ngan kerenah budak ni yang kekadang tersangat melampau, si abah tetap cool layan anaknya.. Agaknya sebab weekend aje baru jumpa anak kot. Kalau ari-ari ngadap kerenah anak dia macam aku, agaknya mau jugak si abah naik angin. Kesimpulannya, Qistina sangat seronok ke Pesta Buku. Asyik peluk abah dan cakap "Saaaaayang.... abah !" (sayang sangat kat abah sebab abah layankan aje kerenah dia & dapat jenjalan)