Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Wednesday, April 14, 2010

Have a break, take a nap !

Shomel kan baby ni ? Gambar sekadar hiasan je taw.. Time lunch tadi aku x kuar. Dah makan setupperware nasi goreng ko..Gila apa aku nak makan lagi.Kenyang tu...Jadi, dengan hati yang gumbira & for the first time..aku telah tido kat workstation aku ! (x kan nak tumpang tdo kat workstation org len lak kan?) Muahahaha... Akan tetapi, aku cuma tdo-tdo ayam sahaja,sekadar nak hilangkan ngantuk bak kata orang. Telinga aku dok on je dengar kot-kot ade orang ngumpat aku ke kan...Nasib baik x de. Dengar deruan air kat akuarium besar belakang aku tu je. Macam tdo kat tempat rekreasi lak.He..he.. Dengan kesejukkan aircond kat ofis tu..Phew..memang relaks sangat.Bangun-bangun je terus wat entry ni. Saje je nak korang jealous sebab korang x leh tido.. Kui..kui..kui..

Tiada berteman


Hari-hari yang ku lalui semalam sungguh menyedihkan. Semalam aku lunch sorang-sorang je..*tsk*..*tsk*.. sedey tau. Sungguh kesian..ku tapau makanan dan makan kat office sorang-sorang.Kawan-kawan (kroni-kroni) smua dah gi KL. Ade adik-adik kat office ni smua wat hal sendiri, so malas la aku nak ganggu diorang. Oleh itu, ari ni ku telah wat preparation..Ha..ha..ha.. Ku bawak bekalan dari umah supaya x yah nak kuar cari makan sorang-sorang (malas tul kuar sorang-sorang sebab smua orang asik pandang aku je..) Aku bangun awal ckit pagi tadi dan prepare nasi goreng + ayam goreng ! Mesti korang cakap "ala, bwk bekal nasi goreng pun nak kecoh satu malaya!" Suke hati aku ar..Ni kan blog aku ! Muahaha.... (aku telah jadi sedikit gila sebab dah dua ari x de geng) Bosan dowh..

Tuesday, April 13, 2010

Sape minat Levi's ?

Memandangkan kerja sudah kureng dan ada waktu terluang (bos aku tentu x suke dengar statement ni !) aku dah jengah ke sini http://us.levi.com/home/index.jsp. Kot-kot la korang nak tengok apa yang terbaru dari levi's kan.. Ini yang kat US lah.. Kalau certain-certain designnya x de di M'sia, bukan salah gue k..Jom tengok !

Tikus bermaharajalela..muahaha...



ape kene mengena tikus ngan katak ni ek? (pics amik dari National Geographic)

Bila kucing x de, tikus pon kuar bermaharajalela..Mesti korang smua x paham kan? Pendek cerita, bos besar, bos kecik smuanya nan ado.Sebab tu la kuli-kuli smua relaks.Ha..ha..ha.. sronok giler sampai x tau nak wat keja ape.Keje aku dah settle ari ni.Aku tengah dok pikir nak wat ape esok ek? Kang bos balik nak check report mati aku..Aku nak tulis ape dalam report ha? Bos kecik + bos besar berkampung kat KL sebab ade meeting pasal projek. Kat office ni tinggal dalam spuloh orang je..Tersangat lah sunyi hokey..Otak jadik tepu sebab keadaan yang sunyi begini. Rasa sangat molek untuk melelapkan mata. Kang ado yang buat laporan aku curi tulang..X berani aku nak tdo di tempat awam tau...Ape la yang aku melalut ni ek? Confiuskan korang je kan. K lah, aku nak melayari ape-ape yang patut kat internet ni jap..Bye....

Monday, April 12, 2010

Happy Birthday Flo !

Baru je lepas sambut besday Flora yang ke 23 ! Kek telah disponsor oleh salah sorang atau dua orang dalam office kitaorang.Yang lain tu tumpang makan je la ek..he..he.. Anyway epi besday ye Flora. May all ur wishes come true..

Kek b'day

Kitaorang tengah sibuk cicah buah pelam time ni !
B'day girl yang terharu sebab diapit oleh dua bidadara..he..he..

Jalan-jalan cari makan...

Weekend yang baru lepas ni, kami asik kuar jalan-jalan cari makan.Kebetulan ari Sabtu & Ahad ade pasar malam.Jadi makan malam haruslah dibeli di pasar malam (ku masak lauk tuk makan tengah ari je) Ari Ahad tu, teringin lak nk makan kangkung goreng belacan.Menu tengah ari Ahad adalah kangkung goreng belacan & bawal goreng.Semua aku goreng-goreng je..ha..ha.. orang pandai masak le katakan! Nasib baik hubby x tercekik sbb lauk x de kuah (kangkung tu ade air ckit2 pe..) Nasib badan la abg oiii...Asal cepat dan kenyang.

(pics cilok dr ....)

Thursday, April 8, 2010

Berita tergempar !

Baru je beberapa minit tadi berlaku kemalangan di depan ofis aku..Masih x dapat apa-apa story, sebab geng pejabat x gosip lagi. Tengah kusyuk wat keje dengar bunyi ambulans.Ingatkan kat jalan besar depan pejabat.Rupa-rupanya kat jalan kecik..(yang jugak depan pejabat). Yang aku nampak orang tu dah terbaring je.Maybe kaki patah kot..Dah dibawa ambulans yang datang dari Hospital Kepala Batas.Ish..accident pun blakang keta aku la jugak.Nape la dia jatuh betul-betul kat keta aku? Kalau aku nk masuk keta kang kena pijak darah dia ke? Macamne ek? Musykil..

Wireless yang hampeh !

Adoi..dah 2 ari aku x leh nak wat keje ngan proper.SQL kat ofis ni jap-jap ade, jap-jap x leh bukak.Ini semua sebab x guna kabel..Network lak akan bertukar secara automatik ikut signal yang strength.Adakah aku nak goyang kaki je sepanjang ari sambil melayan facebook? Owh..nanti ade yang kena cop makan gaji buta ! Korang cuba bayangkan, baik punya aku tengah taip PO detail tetiba je dah hang system SQL tu.ade ke patut? Kan wat penat aku je..Someone in the office..please help me !

Tuesday, April 6, 2010

Agak sibuk

Start minggu lepas aku agak sibuk sebab dah tukar department, tapi dok kat situ jgk la.Tukar keja ckit je kan. Skarang ni totally tukar wat keja Purchasing. Dah x wat admin + hr+ account dah..He..he..Kena la blajar ngn Purchasing Officer aka superior aku..Tapi sempat lagi la dok jenguk-jenguk blog korang smua. Itu je la story ari ni sebab aku dah nak balik umah.Dah kol 6pm ni.Jom..jom..balik!

Monday, April 5, 2010

Shopping ^_^

Weekend kali ni agak best walaupun ku belum dapat gaji, sebab ku telah menemani mummy bershopping! Wah, mak aku klu skali skala bershopping biasa la kan..ngn kain utk wat baju raya pun dah beli skali ! Ha..ha..aku ikut dengan muka kesian je la sebab x dapat gaji lagi.sob..sob.. Kerana tengok muka aku yang sangat kasihan itew mak telah mengadvancekan duitnya untuk ku beli kain untuk wat baju raya & sehelai lagi baju lengan panjang( sejak pakai tudung ni baju lengan panjang lebih menjadi pilihan). Sangat seronok hokey..since dah lama aku, mak & adik x kuar shopping macam tu. Qistina? Bagi dia tdo tgh ari cepat-cepat cabut kuar shopping..Kena tinggal la anak mama sorang ni (tinggal ngan nenek dia a.k.a tok aku).Klu dibawa juga alamat x bershopping la.Asyik nak kejar dia je dalam mall.Macam kuda terlepas kandang ! Tapi ada jugak habuan budak kecik ni.. My mum spend RM100 gak la beli baju dia.Mak cakap dah lama mak x beli baju kat cucu dia.Alhamdulillah..rezeki Qistina la tu.Tu je la kot N3 kali ni.La..la..la..la..