Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Monday, August 30, 2010

Cerita 4 hari di rumah

Salam semua..kenapa tajuk n3 cerita 4 hari ? Bukan 3, bukan 2 ? Sebabnya I cuti dari Khamis ye. Bukan cuti suka-suka tapi cuti duka-duka. Jom tengok apa I wat sepanjang 4 hari tu..

Khamis 26/8/2010

MC. Demam start dari ari rabu petang lepas balik keja. Demam package (sakit kepala+muntah)Pegi klinik doktor soh makan ubat muntah depan dia ! Kalu muntah jugak dia soh datang balik amik injection =( Harus lah bukak posa kan, dah dia soh aku makan depan dia. Balik umah tengok-tengok bendera Jepun sudah naik. Selamat aku, klu x mesti kena ganti xtra sehari =)

Jumaat 27/8/2010

Demam dah ok. Pegi check gaji, dah masuk. Suka hati ! Hajat hati nak jahit manik kat baju. Bodek-bodek suami ajak keluar beli manik. Suami setuju. OTW nak ke kedai A Tu Z, boleh pulak keta mati tengah jalan. Adoi, ni semua cari penyakit. x leh tengok I ade duit tau ! Panggil mekanik, check-check, timing belt putus. Nah.. amik ko. Habis la harapan I nak shopping sakan kat butik LEVI'S..

Sabtu 28/2/2010

Keta dah siap. Sob..sob.. =( Ish, nape sedih ? Mau x sedih, melayang RM1 K I tau ! Ko raya la sorang-sorang wahai kereta. Hati I dah terluka. Mak ajak pegi shopping. I ikut je, antara rela ngan x. Makan hati lah tengok adik bershopping di LEVI'S. Buat pengubat hati yang lara, sempat juga I rembat baby t kat LEVI'S. Buat suami terchenta beli sehelai polo T di GIORDANO. Ops.. I pegi shopping ber3 je. Anak sama bapak tido di rumah..

Ahad 29/8/2010

Dok umah jahit manik dengan hati yang x bape nak sronok sebab duit tuk shopping dah diguna tuk repair keta. Sabar, anggap je dugaan tuhan. Kita tunggu je la rezeki yang akan datang ( kalau ade) Nasib baik anak punya baju raya dah ade 5 pasang + 2 pasang kasut = boleh beraya dengan seronok ! Petang kuar pegi dapatkan new haircut yang diidamkan. Buat mengubat hati yang lara. Cuma x rebondingkan je lagi rambut tu. My new look



4 comments: