Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Thursday, April 22, 2010

Laksa for lunch ?

Laksa oh laksa..Laksa adalah makanan favouriteku ! Korang jangan x tau sepanjang aku ngandung dulu aku x lepaskan peluang untuk bantai laksa banyak-banyak.Ye la nanti lepas bersalin dah kena pantang kan. Mana ada chance dah, leh telan liur je la tengok orang makan laksa. Selang sehari atau dua mesti aku nak makan laksa.Kalau tok aku wat laksa kat umah, sepanjang ari jugak la aku dok ngadap laksa tu.. x makan nasi dah. Aku memang peminat laksa yang TEGAR ! Tapi alhamdulillah lepas bersalin aku dapat mengawal diriku daripada makan laksa yang sungguh menggoda itu selama 2 tahun..Terror x aku? 2 tahun x makan laksa beb.Pantang..Mak aku dah pesan awal-awal, "kalau x nak hang punya tutt jadi x elok, sila pantang. Jangan makan laksa !" Tapi bulan lepas kan, aku makan laksa sepanjang hari.Aku rasa mau 4-5 pinggan gak la aku bantai sampai ke malam. Masa nak tdo malam tu badan aku rasa semacam je. Macam nak demam plak. Cepat-cepat aku makan ubat.. Itu lah penangan laksa.Jadi jangan makan laksa dengan kuantiti yang banyak atau kerap dalam masa sehari ye kawan-kawan semua..

Wednesday, April 21, 2010

Ermm...

Phew..baru je sampai ofis. Pegi hantar manager merangkap kakak iparku ke airport. Dia nak gi KL. Dalam perjalanan balik mataku terasa amat berat skali. Sangat-sangat mengantuk tau. Dah la sorang-sorang kan ? Baru lepas makan.. Cuaca panas.. Tapi ade nampak jalan yang aku lalu tu basah.Maybe baru lepas hujan kot. Hujan panas le gamaknya. Balik ofis ni dok sejuk kat dalam aircond plak..alamak...Alangkah nikmatnya jikalau dapat melelapkan mata barang seketika. Oi..oi.. jangan nak bermimpi di siang hari okey..Keja melambak tau. Ade hati nak berangan. Okey la nak sambung wat keja la. Bye..

Tuesday, April 20, 2010

Breakfast + Lunch = Brunch !

5 ketul samosa kentang

Mee goreng + Sambal ikan bilis

Pagi tadi teringat nak makan samosa.Ku singgah di pasar dalam perjalanan nak ke ofis semata-mata nak beli samosa yang sedap ni. Beli 5 ketul ye. Satu 40 sen. Pastu beli mee goreng dekat kedai makan berhampiran ofis ( x hampir sangat la sebab kena start keta gak nak p beli tu..) dan teh o ais. So i guess today no lunch for me coz i already take heavy breakfast a.k.a breakfast + lunch = brunch ! Just minum je kot sebab nak teman kawan ofis lunch. Hmm... korang lunch ape ari ni ? :-)



Monday, April 19, 2010

Mataku berpinar-pinar..

Adoi..tolong ! tolong ! mata aku dah berpinar-pinar ngadap PC..Dah le ade masalah rabun. Pastu dok la asik ngadap PC. Nak siapkan keja la.. Kang ada orang cakap aku makan gaji buta kang..Sebelum ada umat manusia yang kata macam tu baik aku settle keje aku cepat-cepat.

*aku bukan pemalas k!

Tak nak pegi boley ?

Last friday Finance manager msg me soh standby gi KL. Supposed today, but luckily aku x yah gi ari ni coz bos kecik aku, ataupun Purchasing Officer aku x leh pegi this week sebab anak dia demam campak.Minggu lepas dia dah pegi.Selamat lah aku ari ni..Klu pegi mau seminggu tu. Aku x penah lak tinggal anak aku walau untuk semalam..X tau nanti perasan macamna.Korang mesti cakap aku jakun. Lantak la..aku mmg malas nak travel. Kalau aku ni pangkat besar sangat leh la diterima kan? kan? kan? Ni cuma Purchasing Officer Assistant je pon.. Malas ah.. Masa Manager aku msg tu ari aku reply " x pegi bley x?" Selamba je kan? Ha..Ha.. Nasib baik Manager tu kak ipar aku @ kakak laki aku ! Klu x dah lama kena bambu :-P *tetapi aku tetap kena bambu giler-giler klu dia marah..he..he..

Friday, April 16, 2010

Weekend berdua lagi....*sob*..*sob*

Qistina

+

Mama

Hello semua..Selamat berhujung minggu bersama kluarga. This week kami hanya berdua lagi. So i guess x gi memana kot..Hubby dah inform awal-awal lagi dia x leh balik this weekend..sedey :-( tengok lah kalau my Qistina angin baik..agak-agak dia leh behave well, baru leh bawak kuar. Slalu aku dah pesan sblm kuar umah "jangan lari-lari tau, dengar cakap mama" & dia akan reply "ha..dengar cakap tau, nanti mama x mau bawak jalan" Tapi kekdahnya klu dah jumpa tanah, mencicit je lari sambil gelak-gelak toleh ke belakang tengok aku kejar dia ! Almaklumlah, dikurung je kat umah kan? Jadi, agak kejakunan lah ckit bila dah terlepas.. Aisey.. x larat aku nak kejar dia. Sungguh merbahaya tau. Anak..oh..anak !

Mane lens aku?


Hu..hu.. tadi kan, mata aku rasa cam gatal-gatal je.Pastu aku ape lagi tenyeh-tenyeh la mata aku tu tanpa perasan yang aku ni pakai lens.Punye la sedap dok tenyeh-tenyeh mata, aku rasa macam pelik je mata aku ni.Aku amik la compact powder aku..nak tengok kat cermin lah kan.Bila aku tengok kat cermin je, aku nampak sebelah mata aku dah x de contact lens..Ah, sudah..macamne nak wat ni..Lens dah masuk belakang mata aku ni.Macam ne nak kuarkan? Aku dah panik ! Aku takmo jumpa doctor..nanti dia korek mata aku..Kalau mata aku juling macamne? Nanti laki aku mesti tinggal aku ! aku x nak !!!!! Pastu aku calm down..aku pejam mata, pelan-pelan bagi mata kanan aku tu pusing-pusing. Pas bukak mata, aku tengok kat pelupuk mata aku. Ade ! Yes ! Yes ! Selamat aku..klu x...mesti laki aku tinggalkan aku sebab doktor tu korek mata aku sampai juling sebab nak kuarkan lens tu.. *Moral - klu dah pakai lens tu, x reti-reti nak careful ckit ?

Pabila Yang Kuasa memberi dugaan..

Pagi ni aku buka blog http://e-nawanisfan.blogspot.com/ terbaca kisah baby Hana yang sungguh menyayat hati.Semua cerita ni ku copy dari blog yang tersebut untuk dikongsikan bersama kalian.Renung-renungkanlah....

"Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian"

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya.

Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat,baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.

Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.

Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan semb
ahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu.. emailkanlah kepada saya, rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masuk kan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU

Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna.

Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak diotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Thursday, April 15, 2010

Dah boleh pakai tudung Syria !

Hu..hu..ntah hape punya tajuk entry.Sebenarnya just nak berkongsi kegembiraan sebab tudung syria yang telah kubeli hampir sebulan lalu akhirnya dirasmikan ari ni..Sebelum ni aku x penah pakai sebab muka aku nampak besar dan kepala kelihatan seperti Conehead lagaknya apabila mencuba pakai tudung tuh ! Teringin nak pakai tapi bila dah beli rasa x seswai plak kan..Pastu semalam terbaca lah blog ni http://honeykoyuki.blogspot.com/.. Dia ada bagi petua soh kita tetaskan anak tudung tu,So kita dengan semangat waja, sampai je kat umah smalam terus wat projek tetas-tetas nih. Sampai anak pun asik dok tanya "mama wat apa tu? mama kotong tudung ?" (*kotong means potong ler !). Ha..hasilnya? Dah terus pakai dah ari ni.. Sungguh superb.Kepala dah x jadi Conehead ye kawan-kawan..Lepas ni leh la beli tudung syria manyak-manyak.Tq for the info ye..

Breast Cancer

Bagaimana saya tahu saya ada kanser payudara?

Bagi ramai wanita, kanser payudara dikesan sebagai satu ketumbuhan yang tidak sakit. Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang lain yang harus diketahui.

Untuk mereka yang dikesan pada tahap yang awal sekali, iaitu daripada pemeriksaan mammogram, tiada tanda ataupun simptom payudara.

Payudara

  • Perubahan saiz dan rupa

  • Lekuk pada kulit

  • Ketulan atau penebalan

    Puting

  • Puting berdarah (jarang berlaku)
  • Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
  • Puting tertarik ke dalam
  • Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
  • Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah.
  • Penyakit Paget di payudara ada kaitan dengan kanser payudara
  • Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada eczema. Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian
  • Puting tertarik kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor anda.

    Lengan

  • Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak

Rasa Sakit

Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat.

Kelainan Dalam Perkembangan Payudara dan Perubahan Mengikut Usia

Perbincangan mengenai gejala dan tanda-tanda kanser payudara tidak akan lengkap tanpa menyentuh mengenai penyakit-penyakit payudara yang lain yang tidak mudarat. Semasa penyiasatan kanser payudara, penyakit-penyakit tersebut mungkin dijumpai.

Disepanjang hayat, seorang wanita akan mengalami berbagai perubahan pada payudara. Ini termasuk perubahan semasa haid dan juga timbulnya berapa jenis ketulan yang tidak mudarat. Apabila proses perkembangan dan perubahan ini menjadi berlebihan atau lebih ketara, barulah ianya dikatakan penyakit dan anda akan merasai gejalanya. Apa yang penting ialah kebanyakannya bukanlah kanser. Dianggarkan 80-90% ketulan payudara yang memerlukan biopsi bukanlah disebabkan oleh kanser.

Semasa umur antara 15-25 tahun, ketumbuhan seperti fibroadenoma boleh didapati akibat pengaruh hormon kepada berbagai tisu dalam payudara. Keadaan ini boleh mengkibatkan timbul lebih daripada satu ketumbuhan atau sesuatu ketumbuhan itu boleh mencapai saiz yang besar. Kedua-dua payudara juga boleh membesar lebih daripada normal (hipertropi remaja).

Semasa umur antara 25-40 tahun, terdapat pula pengaruh hormon yang berlebihan sehingga mengakibatkan kesakitan berkala semasa pusingan haid, dan timbul ketulan-ketulan yang mungkin dapat dirasa dengan jelas dan terasing.

Semasa umur antara 35-55 tahun, mungkin akan terjadi sista (cyst), pelebaran saluran susu, perubahan fibrosis di sekitar saluran susu dan juga inflamasi. Sel-sel dalam tisu payudara juga boleh mengalami perubahan sama ada ianya akan bertambah berlipat ganda atau menimbulkan sel-sel yang atipikal atau luar biasa.


Untuk lebih info sila klik disini http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/Maklumat/index.htm