Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Thursday, April 15, 2010

Breast Cancer

Bagaimana saya tahu saya ada kanser payudara?

Bagi ramai wanita, kanser payudara dikesan sebagai satu ketumbuhan yang tidak sakit. Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang lain yang harus diketahui.

Untuk mereka yang dikesan pada tahap yang awal sekali, iaitu daripada pemeriksaan mammogram, tiada tanda ataupun simptom payudara.

Payudara

  • Perubahan saiz dan rupa

  • Lekuk pada kulit

  • Ketulan atau penebalan

    Puting

  • Puting berdarah (jarang berlaku)
  • Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
  • Puting tertarik ke dalam
  • Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
  • Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah.
  • Penyakit Paget di payudara ada kaitan dengan kanser payudara
  • Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada eczema. Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian
  • Puting tertarik kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor anda.

    Lengan

  • Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak

Rasa Sakit

Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat.

Kelainan Dalam Perkembangan Payudara dan Perubahan Mengikut Usia

Perbincangan mengenai gejala dan tanda-tanda kanser payudara tidak akan lengkap tanpa menyentuh mengenai penyakit-penyakit payudara yang lain yang tidak mudarat. Semasa penyiasatan kanser payudara, penyakit-penyakit tersebut mungkin dijumpai.

Disepanjang hayat, seorang wanita akan mengalami berbagai perubahan pada payudara. Ini termasuk perubahan semasa haid dan juga timbulnya berapa jenis ketulan yang tidak mudarat. Apabila proses perkembangan dan perubahan ini menjadi berlebihan atau lebih ketara, barulah ianya dikatakan penyakit dan anda akan merasai gejalanya. Apa yang penting ialah kebanyakannya bukanlah kanser. Dianggarkan 80-90% ketulan payudara yang memerlukan biopsi bukanlah disebabkan oleh kanser.

Semasa umur antara 15-25 tahun, ketumbuhan seperti fibroadenoma boleh didapati akibat pengaruh hormon kepada berbagai tisu dalam payudara. Keadaan ini boleh mengkibatkan timbul lebih daripada satu ketumbuhan atau sesuatu ketumbuhan itu boleh mencapai saiz yang besar. Kedua-dua payudara juga boleh membesar lebih daripada normal (hipertropi remaja).

Semasa umur antara 25-40 tahun, terdapat pula pengaruh hormon yang berlebihan sehingga mengakibatkan kesakitan berkala semasa pusingan haid, dan timbul ketulan-ketulan yang mungkin dapat dirasa dengan jelas dan terasing.

Semasa umur antara 35-55 tahun, mungkin akan terjadi sista (cyst), pelebaran saluran susu, perubahan fibrosis di sekitar saluran susu dan juga inflamasi. Sel-sel dalam tisu payudara juga boleh mengalami perubahan sama ada ianya akan bertambah berlipat ganda atau menimbulkan sel-sel yang atipikal atau luar biasa.


Untuk lebih info sila klik disini http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/Maklumat/index.htm

No comments:

Post a Comment