Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Followers

Friday, June 10, 2011

Sooooooooooooo...lazy !

Salam guys.. Actually I rasa sangat malas nak update blog sejak I keja kat Fujikura. Ari-ari jalan dalam production tengok kabel sampai x de idea nak update blog.. Muahahaha..alasan yang sangat x munasabah.. Klu ko dah malas, malas jugak wlupun ade bahan nak dijadikan cerita..Marah pulak warga Fujikura Federal Cables klu bace blog I ni.. Kang ade yang berdialog ala-ala cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah "Kita bakor je..kita bakor je !" Uwaaa.. x nak, x nak. Brukband I x canggih menyebabkan I sukar nak upload even a single picture (alasan lagi)..Well, nanti klu aura rajin datang kembali I will update cerita I pegi makan-makan, cerita I pegi tengok wayang..Daaaa.........

Wednesday, May 11, 2011

Berhantu ?

Assalamualaikum smua..wah.. dah lama sgt I x update blog..Dah banyak hantu rasanya kalau umah ditinggal macam ni kan? Well, I've been quite busy lately. Busy mengejar harta duniawi (ade harta ke?) Almaklumlah, gaji kat tempat keja baru ni agak kureng berbanding di tempat lama.. But that doesn't mean I kufur nikmat.. Not good hokey. I tetap terima apa je rezeki yang tuhan berikan x kira sikit atau banyak.. Alhamdulillah. You all yg datang jenguk2 blog I jangan le segan2 klik kat mr nuff-nuff ye.. Itu pun menyumbang rezeki jugak ye dak? he..he.. Actually I've a lots of stories to tell ya..but then I dont know how to start.. Maybe 2morrow I bleh mengarang ckit kot.. Got to go now. See ya later.. xoxo (",)

Sunday, February 13, 2011

Kerja baru..

Salam semua..I dah start keja last Thursday.. Alhamdulillah, finally dapat jugak keja.Senang plak interview kali ni. Ari Rabu gi interview, Khamis terus masuk keja. I keja dekat-dekat area umah jugak. 10 minit drive ke tempat keja.Actually tempat yang I keja ni kilang.. This is my 1st time keja kat kilang. Fujikura Federal Cables Sdn Bhd.. Kilang wat kabel..I x kisah lah itu kilang wat ape, tapi yang I tau pekerjanya tetap 1Malaysia.. Maksud I macam-macam bangsa campur skali. Bukan hanya Malay,bukan hanya Chinese & bukan jugak hanya Indian..Hmm.. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar..

Tuesday, February 8, 2011

Dah lama...

Assalamualaikum guys.. Ha.. kasi salam pnjg-pnjg ini kali. lama sungguh I x update blog. PC pun sangat lah jarang nak on. I mmg malas nak on PC sebab asal I on aje, puteri kembang semangkuk terus lompat atas lap I mintak bukak kartun. Pendek kata I tidak berkuasa ke atas PC kalau dia sedar I on PC. TV pun macam tu jugak. Asal on je, kartun memanjang. Orang lain dah x leh nak hadap TV. Bleh on PC masa tgh ari time dia tido je. Tapi bila time dia tdo, mama dia pun nak tido jugak ! Macam ne tu? Owh.. 22/2 ni ade interview Pegawai Imigresen.. Muahahaha... gelak kuat-kuat ye kawan-kawan.. Tetiba je ada panggilan pegi interview. Boleh pegi je lah.. Nak mengharap? Kelak akan keciwa.. Cuba imagine, bape ribu rakyat yang pegi interview nanti? jawatan kosong bape je.. Tapi klu x cuba langsung nanti ade rasa kesal di situ. Bak kata pepatah, blom cube blom tau.. Jadi wajib la I pegi untuk mencuba. Kan? kan? kan? Ok la..Nanti ade masa I update lagi ye..

Saturday, January 15, 2011

Maaaaaaaaaaaaaalas !

Salam.. OMG ! WTH is goin' on wit me huh? Maaalas sesangat nak update blog. Bukannya bz ape pun. Nuffnang acc pon dok statik je. :( One of the reason why I rasa malas sangat adalah connection problem yang membawa masalah x bleh upload gambar. Without any pic, blog adelah kureng best. Isn't it? Admit je la.. Erm.. still looking for a job. Susah jugak nak cari keja walaupun kerani je.. Tanda-tanda jemu di rumah sudah mula dirasai..

Wednesday, January 5, 2011

2011

Salam.. Rasanya masih x terlalu lewat tuk I ucap Selamat Tahun Baru wat semua kawan-kawan. Azam tahun ni x berapa specific actually.. Hope di tahun 2011 ni lebih rezeki buat I dan family. Rezeki dari segi kewangan (dividen ASB dah dapat !) rezeki kerja (yg ni x dapat2 lagi !) rezeki kesihatan (harap-harap sihat sepanjang tahun) dan apa-apa jenis rezeki lah ! Niat di hati nak cut down nafsu shopping.. Harus lah kan..Since dah x bekerja.. So, uolls plak camne ?

Monday, December 27, 2010

Bersalji di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya

Salam.. Actually hari krismas we all jalan-jalan di Sunway Carnival Mall. Jalan dengan tujuan mencari Baby Alive -bouncin baby tuk puteri kembang semangkuk I. Lepas je dapat beli Baby Alive, we all jalan-jalan kat bawah. Ada persembahan ape tah. Suddenly ade lak salji turun.. Waa..the night b4 krismas kan ade cerita Salji di Kuala Lumpur kat astro. Teringat plak cerita tu. I x yah gi Kl pon.. Kat cni pun ade salji tau ! Ape motip ko riak sangat Wahida oi.. Kan dah sah-sah kat Malaysia ni x de salji !

Thursday, December 23, 2010

Hujan

Salam.. Macam pelik je. Apa yang pelik? Well, this is the 1st time I update blog pada waktu malam. Malam Jumaat plak tu. Adakah? Harap-harap umo masih panjang.. Owh ye..petang tadi perut lapar. Buka freezer ada macaroni baki rebusan semalam.. Semalam makan dengan carbonara mushroom. Ari ni x mo dah. So, I decided nak goreng sahaja itu macaroni. Actually ini cubaan pertama goreng macaroni. Sebelum ni x pikir langsung nak goreng. So, I goreng bodo-bodo je. Semata-mata macaroni sama telur. Daging ke, ayam ke.. Haram x letak ok.. Lepas I goreng je, para juri mula memberikan jelingan tajam dengan harapan dapat mengutuk masakan I.. Juri pertama (adik I) telah merasa macaroni goreng dan memberi respon ''ok la..'' Manakala juri kedua ( Mak I) memberi respon ''sedap jgk" Makanya telah terbukti skill memasak bertambah improve sejak menjadi surirumah. Petang tadi I telah menggoreng macaroni itu dengan harapan x mo makan dah malam nti. Akan tetapi.. HUJAN telah membuat perut I berkeroncong minta diisi. Wa...baru je feeling-feeling perut kempis sebab dah seminggu lebih x makan malam..x kan nak kembung semula perut I? Tolonggggggg...

Wednesday, December 22, 2010

X Tahan ! X tahan !

Salam.. Apa kabar kengkawan blogger? Harap semuanya sihat walafiat. Sebenarnya satu-satunya benda yang I paling x tahan sejak menjadi surirumah ni adalah mengemas mainan anak. Ya Allah..sabar jelah. I rasa anak I x macam anak orang lain la. Selagi dia x pejam mata tdo, selagi tu lah kejanya asik menyemak umah. I kutip simpan, dia longgokkan sebakul.. I simpan lagi, dia longgok lagi. Pendek kata, lagi I simpan, lagi seronok dia nak longgok semua mainan dia. Tu x termasuk basikal roda 3 + basikal roda 4 (4 la, termasuk tayar tumpang kan?) Haish.. part ni betul-betul menguji kesabaran.. Korang ado anak macam tu? ''Cer cerita ckit'' ( dialog hantu kak limah balik rumah)

Monday, December 20, 2010

Akhirnya Kirana Bahagia

Salam..Amboih, rajin sungguh I update blog ari ni ek? Ni n3 ke-3 dalam ari ni. Owh nak crta pasal sinetron Cinta Kirana ni.. Waduh-waduh, capek banget nantikan pengakhiran sinetron ni.. But luckily happy ending kan? Kalau sad ending, haruslah kena maki dengan I yang tetiap ari layan sinetron ni..Habis jugak akhirnya. Kadang-kadang macam dah give up tengok cerita ni, nak-nak plak part sedih..Lepas ni sinetron apa plak eh?

Hari rajin & Sup Tulang

Salam. Hari ni I rasa nak makan sup. So, pagi tadi pegi market, cari tulang..tentu la tulang lembu. Tulang ayam watpe kan? Haish..balik umah je terus bersih-bersih itu tulang, kasi basuh sama tepung lah. Nampak tulang sangat menyelerakan. Nak-nak pulak nanti selepas siap dimasak perahkan sedikit limau nipis ke dalam sup.. Walla.. Jom, jemput makan semua..

Wayang ?

Salam.. n3 ni adalah kisah last Friday. Pada hari Jumaat yang lepas I dan hubby gatal-gatal bawak anak tengok wayang. Ini adalah percubaan pertama we all tuk bawak anak masuk panggung. B4 this we all x sanggup nak amik risk bawak budak-x-reti-diam tu tuk masuk panggung. "Rugi beli tiket'' adalah alasan kukuh my hubby. But this time I telah paksa my hubby supaya bawak budak-x-reti-diam. Kita pegi tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Luckily she can sit quietly and watch the movies.. Alhamdulillah.. So, our plan end with a very good result (",). Budak-x-reti-diam jugak cakap lain kali dia nak tengok wayang lagi.. Nak tengok citer cartoon plak..Ngeh..ngeh.. So abah, be prepared !

Tuesday, December 14, 2010

Katak oh katak !

Si anak sedang bermain masak-masak sambil menonton televisyen...

Anak : Mama.. kakak masak nasi lemak ni.. Mama makan tau !

Mak : Ye la..nanti mama makan. Kakak masak la dulu ok?

Anak : Ok..

Selang beberapa minit kemudian..

Anak : Mama.. dah siap! makan lah nasi lemak ni
(Sambil menghidang 3 plate nasi lemak)

Emak : Wah..sedapnya ! Mama makan ye?
(Sambil pura-pura menyuap nasi lemak dari pinggan yang paling kanan sekali)

Anak : La.. mama punya nasi yang pinggan ni lah !
(Sambil menunjuk ke arah pinggan yg di tengah)

Emak : Habis, yang ni sapa punya?
(Menunjuk pinggan yang paling kanan)

Anak : La.. yang tu katak punya lah !
(Dengan nada sedikit tinggi)

Emak : Ha? Katak? Mana dia katak tu?

Anak : Tu... (Sambil menunjuk ke arah kaki mama)

Emak : La.. kenapa kakak soh mama makan sekali ngan katak ni? Mama x mo lah !

Anak : Ok la.. ok lah.. kakak buang lah katak ni !
(Ambil katak mainan dan buang ke tepi)

Moral of the story : Kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah memang x seswai tonton drama PUTERA KATAK !

Monday, December 13, 2010

Rain rain go away ...

Salam..How's ur Monday guys? I bet smua mood Monday Blues. Well, kat Butterworth ni hujan sedang menggila. Sangatlah syorga jika melelapkan mata barang sejam, dua.. Muahaha..This is what I like bout being a housewife. Bleh membuta dikala hujan sebegini..Nikmat woo. Owh ye.. weekend baru ni x pegi mana-mana pun. Asik hujan je. Ingat nak pegi Pesta Pulau Pinang. Tapi kalau begini cuacanya x jadi la we all nak berpesta kan? Karang ade jugak yang demam selsema.. So guys.. Dah ke penghujung cuti sekolah ni, mesti sibuk wat persiapan tuk anak-anak kembali ke sekolah kan? Wah... macam mana ngan budget ye? Yang pasti serba sedikit akan tergugat jugak kan.. But for those yang salarynya 5-6K per month. U guys no need to worry lah kan..So? ade story nak share ngan I (",) ?

Friday, December 10, 2010

Salam 1 Malaysia

Isk..isk.. tajuk n3 yang ade unsur patriotik ! Well, I kan bangga jadi anak Malaysia. Kalau jd anak Indonesia kang asik kena bencana gunung merapi je. Isk.. x mo ahh.. Takut tau. Kang x sempat taubat dah pergi x kembali...Simpang malaikat 44. Out of topic dah.. Alhamdulillah..Dah mula seronok dok umah ngan anak. Spent masa yang berkualiti dengan my princess. Nanti kalau dah ade rezeki dapat keja mesti I macam berat hati nak tinggal dia. Ye la, dah 2 bulan dok umah ngan dia kan? Actually I nak upload gambar dia yang diambil di studio. Tapi hampa sungguh sebab asik x bleh nak upload. Half way je terus stop x leh dah. Hurmmm, nampak gaya from now on I blogging tanpa gambar je lah kan? X menarik lah post-post yang akan datang. Tapi x pe, I akan usahakan agar dapat upload gambar jugak satu hari nanti. Sejak dok umah ni kan, kerja I jaga anak, basuh baju, masak dan makan serta tido. Heaven. Heaven la sangat sebab ko duduk ngn mak ko kan Wahida oi.. Cuba kalau dok umah sendiri.. Heaven ke tidak? Muahahaha.. Surirumah sepenuh masa yang lain ape cer? Meh la kita share aktiviti menarik bersama-sama (",)

Tuesday, December 7, 2010

Salam 1 Muharram

Salam.. Sudah 1 Muharam rupanya. Hari ni juga merupakan ulangtahun yg ke-3 my princess according to Islamic calendar lah. 3 years ago I deliver my princess pada 1 Muharam. Tapi klu according calendar biasa, January ni baru Birthday dia. Anyway.. time flies, my princess semakin membesar dengan pelbagai soalan diajukan pada I. "Mama, kenapa itu jadi mcm tu" Susah nak explain! Owh ye, nak upload gambar princess tapi x bleh. Kura-kura lagi cepat dari internet kat umah. I'm using DG broadband. Any suggestion about broadband yang umpph?

Monday, December 6, 2010

Bersua kembali

Salam.. Wah lama sungguh x de n3 terbaru kan.. Well mcm smua sedia maklum, I dah jadi fully housewife.. Keep on putting weight je kat umah.Muahaha.. I jaga anak je tau. Sebab weekend baru hubby balik. Susah nak cari keja skarang ni kan? Nak jadi kerani cabuk macam I pun kena hadir interview session 2-3 kali sebelum di hired. What to do.. Guess its my fate ! Redho je la. Harap-harap tahun baru nanti membawa sinar baru buat I !

Tuesday, October 19, 2010

Hidup seorang surirumah sepenuh masa

Salam..wah..wah..dah seminggu lebih jadi housewife..Hari-hari basuh berak anak..ngee...Ye la, dah 24-7 ngan anak kan? Haruslah I yang basuh berak dia. Macam seronok jugak dok umah. Asik nak makan je I bila dok umah..Not good. 2-3 bulan macam ni kalu harus naik 3-4 kilo..Owh ye..sangat-sangat rindu time bekerja. Frankly speaking.. I need money to spend ! Hallluuu..I need my own money so that I can spend it tuk apa-apa je yang I bekenan. Klu dok umah mestilah harap hubby je yang kasi duit. Adalah tidak seronok menghabiskan duit laki sebab kelak akan menyesal kerana duit yang diberi tidak di spent secara wisely. Anda paham? Sudah-sudahlah tu..Ada masa nanti I update lagi k. Daaa...

Thursday, October 7, 2010

Sah lah..

Salam semuanya..Ari ni dah sahlah ade pengkhabaran kurang enak buat I. Ya, Officially I telah menerima surat bertajuk Workplace Relocated. Dan di belakangnya ade plak bahagian Acceptance of Workplace Relocate yang harus diisi nama I beserta no I/C I dan I kena pilih nak potong word agrees/disagrees.. So long

Wednesday, October 6, 2010

Malas

Salam.. Lately adalah sangat malas tuk update blog. Actually x de ape-ape hot story melainkan tunggu masa nak benti keja je. Untill today I did not received any letters regarding pindah ofis ke ape-ape..Just notis gitu-gitu je. Ibarat digantung x bertali..Berdebar-debar tunggu ape nak jadi. Ape-ape pun kena terima dengan hati yang terbuka.